Kesihatan bermula dari rumah

10 tip bayi tidur lena

Posted by on May 28, 2017 in Jurnal Ibubapa | 0 comments

Perkara yang paling berubah apabila ada bayi ialah waktu tidur. Kehadiran cahaya mata yang baru lahir akan membuat ibu dan bapa baru tidak dapat tidur dengan lena. Satu ke dua minggu kelahirannya, si kecil masih belum punya jadual tidur yang tetap. Keadaan ini boleh meletihkan si ibu dan bapa.

.

tip-bayi-tidur-lena

.

.

Ada 10 cara bagaimana anda dapat membantu menidurkan si kecil.

.

i. URUTAN

Urut bayi dengan urutan asas iaitu di seluruh tubuhnya iaitu kaki, tangan dan badan. Untuk membantu bayi tidur dengan lebih lena, lakukan urutan dengan lembut ke seluruh tubuhnya selepas bayi mandi.

.

.

ii. MENDODOIKAN ANAK DENGAN LEMBUT

Bayi akan berasa selesa apabila berada dalam dakapan anda. Dodoikan bayi di lengan anda. Cara ini mengambil masa kerana bayi mungkin terjaga apabila anda meletakkannya di katil bayi.

.

.

iii. MENGGOSOK/TEPUK

Perut bayi digosok secara berirama untuk membuatnya tidur lena. Rentak gosokkan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga. Apabila bayi sudah tidur nyenyak, hentikan gosokan.

.

.

iv. DUKUNG PADA BAHU

Bayi merasa selamat dan selesa dengan cara dukungan ini. Nyanyikan lagu sambil menggerakkan tubuh anda agar bayi dapat tidur lena.

.

.

v. BALUTAN

Apabila bayu sudah tidur, balut bayi dengan selimut nipis. Masukkan tangan bayi dalam selimut dan balut. Jangan terlalu ketat. Cara ini membuatkan bayi merasa selamat dan dapat membantunya tidur dengan lena.

.

.

vi. DUKUNG MUKA KE BAWAH

Bayi tidak mahu tidur dan menangisapabila perut tidak selesa. Bayi mungkin selesa jika didukung dalam keadaan muka menghadap ke bawah. Manakala dagu dan pipinya akan direhatkan pada lengan anda.

.

.

vii. CAHAYA SURAM

Suasana bilik yang suram mempengaruhi bayi untuk tidur dengan lena. Letakkan bayi dalam katil bayi. Sambil itu, pasangkan muzik yang lembut sehingga bayi tidur. Lakukan perkara ini pada setiap hari supaya bayi tahu yang suasana suram atau gelap adalah bermaksud waktu untuk tidur.

.

.

viii. BERI MAKAN AWAL

Ini untuk si kecil yang sudah mula makan. Beri bayi makan sehingga bayi kenyang. Dengan ini bayi dapat tidur dengan lena. Sekiranya si kecil belum lagi mula makan, susukan si kecil sehingga dia terlena.

.

.

viiii. RUTIN WAKTU TIDUR

Tetapkan waktu tidur bayi anda. Pilih waktu antara 8.00 hingga 9.00 malam dan jangan terlalu lewat dari waktu itu. Jika melebihi waktu tidur, bayi mungkin terlalu penat dan lebih sukar untuk tidur.

.

.

x. RIBA BAYI

Bayi cukup selesa apabila anda meribanya sambil menggerakkan paha anda. Lakukan gerakan dengan perlahan tetapi konsisten. Dan bayi yang ingin tidur akan menunjukkan tanda seperti menguap, menggosok mata dan menangis. Cara ini membuatkan bayi tidur dengan lena. Tapi, jangan paksa si kecil jika dia belum bersedia untuk tidur.

.

.

Bagaimana? Semoga tip di atas dapat membantu para ibu dan bapa dalam cara menguruskan tidur si kecil.  Apabila waktu tidur si kecil dapat diurus dengan baik, ibu dan ayahnya tidak lagi stress. Dan dapat menguruskehidupan seharian dengan lebih baik lagi.

Selamat mencuba!

.

.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *