13/28 : PKP

Punyalah bercinta nak update blog. Sebab nak kena berebut laptop dengan anak-anak… hahaha….

Assalamualaikum wbt.
Selamat pagi.

Iktibar dari PKP / lockdown / berkurung di seluruh dunia :

Sejak kebanyakan negara mengambil langkah berkurung kepada rakyatnya, banyak perkara positif berlaku. Yang paling ketara ialah bumi sedang akan terawat. Tiada lagi pencemaran udara. Tiada pencemaran bunyi. Dan juga tiada pencemaran air. Walaupun belum lagi dikeluarkan sebarang laporan rasmi mengenai keadaan dunia, tapi secara logiknya, itu yang berlaku.

Selain kebaikan pengurungan ini terhadap bumi, lihat pula kebaikannya terhadap manusia.

Sebelum ini, kita sering kata “Tak cukup masa”.

Nah, sekarang kita punya seluruh masa. Fokuskan seluruh masa ini buat diri. Buat anak-anak. Buat keluarga. Lakukan apa saja aktiviti bersama walaupun terkurung di dalam rumah. Fokus kepada positiviti.

Bersyukurlah kerana kita masih bersama keluarga.

#stayathome
#perintahkawalanpergerakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.