Kesihatan bermula dari rumah

2008… segalanya bermula!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 




Saya teringat semasa pertama kali saya bertemu dengan Kak N (yang kini upline saya) dan mendapat produk Shaklee saya. Heeee… Apa yang saya tidak ingat ialah, berapa usia Azzalea masa tu! hahaha.. Tapi yang pasti, Kak N datang masa saya sedang berpantang. Rasanya dalam sebulan lebih dah masa tu.


Ni gambar Azzalea ‘bercuti’ di IPHKL!


Pada saat itu saya sudah pastikan saya pandai menyusukan Azzalea. Saya sudah bertemu dengan Kak Kamariah untuk melihat sendiri bagaimana saya menyusukan Azzalea. Tapi pada masa yang sama, saya merasakan ada sesuatu yang kurang, cuma saya tidak pasti apa. Dan saya perlukan sesuatu untuk mengisi kekurangan itu. Nak kata tidak yakin, saya sudah siapkan diri dengan ilmu. Tapi masih terasa kurangnya.

Jadi saya hubungi Kak N untuk membantu saya. Saya minta Kak N bawakan segala suplemen yang diperlukan untuk membantu saya dalam menyusukan si tembam saya. Lalu, Kak N pun datang dengan mak dan bapa mertuanya. dah tentu si Nasa Mechelin tu ada juga (nama timangan Nasa dari Auntie Yus!). Heee… Geram sungguh saya dengan dak Nasa. Habis berketak2 dari atas ke bawah. 


Lama kami borak. Lepas borak, makan. Lepas makan, borak. Lamalah juga Kak N sekeluarga di rumah saya. Oh ya. apa yang Kak N bawa? Kak N bawakan Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, alfalfa dan ESP untuk saya. Pertama kali saya tengok ESP tu. Semasa itu ESP ada dalam bentuk peket. Jadi, Kak N bawakan yang peket tu untuk saya. Dan saya hanya mencubanya selepas Kak N pulang. 


Nak tahu apa yang berlaku?


Waaaaaah….. susu saya mencurah-curah keluar. Ya, saya tak tipu. Sekalipun sebelum ni saya memang ada bengkak susu, tapi tidak mencurah-curah dengan begitu laju. Sehingga saya perlu tadah kedua-dua payudara saya. Laju semacam paip air yang pecah. Dan selepas itu, setiap kali hendak menyusukan Azzalea, saya perlu perah sedikit supaya Azzalea tidak tersedak. 


Saya tahu, pasti ada yang masih enggan mempercayainya. Saya faham. Saya tak paksa pun korang untuk percaya. Ini ialah peristiwa yang alami sendiri. Dalam penyusuan ni, memang ada teori dan praktikalnya. Ada pula jenis yang suka kepada bukti secara fakta, ada juga ibu yang suka mengikut cara ibu lain. Tetapi apa yang penting bagi saya, apa pun yang anda lakukan, anda lakukan ia dengan perasaan yang gembira, perasaan yang senang hati. Ya, saya sangat gembira dan senang hati. Saya gembira saya ambil Shaklee sebab ia melancarkan proses penyusuan saya bersama Azzalea. 


Shaklee turut membantu memberi nilai tambah dalam kesihatan saya. Saya mampu untuk bangun awal pagi untuk memerah dan kemudian melakukan kerja-kerja menjahit saya. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Azzalea sehingga saya disahkan mengandung kali ke3. Itu pun selama satu tahun 5 bulan. 










Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

3 Comments to 2008… segalanya bermula!

  1. ibu wawalawa says:

    Salam yus..cerita yg sgt berinspirasi..sesungguhnya akak terlewat mengenali shaklee..anak ke3 baru tahu pasal shaklee..Rugi rasanya..

  2. izan says:

    pertama kali kenal kak n..
    trialpack xde lg..
    saya tinggalkan kak n..
    saya kembali semula bila kak n offer trial pack..
    kini..saya masih bersama kak n..
    saya pula offer trial/full pd mereka yg berminat
    http://my-supplement.blogspot.com/

  3. Cik Yus says:

    ibu wawalawa : berinspirasi ke? terima kasih. sedang mengasah kembali pena yang tumpul!

    izan : trial pack sejak 2009!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *