Kesihatan bermula dari rumah

June, 2011

now browsing by month

 

Makanan Penambah Susu Badan

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan. Jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

9 jenis makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

(1) Daun Alfalfa

alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

(3) Jintan

jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

mozzarella cheese

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.

(8) Sayuran Hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB – KOSONGKAN PAYUDARA!

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

DOA

Doa membanyakkan susu ibu:

Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.

* Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Jumlah harga jualan untuk set ini:
(1) RM509.75 (termasuk kos penghantaran ke Semenanjung).
(2) RM543.75 (termasuk kos penghantaran ke Sabah & Sarawak).
* Untuk dapatkan harga istimewa, sila sms atau email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi kami di ibuaz.shoppe@gmail.com, atau SMS ke 019-2712601 (Yus) untuk mendapatkan harga istimewa.

Sekiranya anda berada berdekatan dengan cawangan Shaklee di Wangsa Maju, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Bharu, Seberang Jaya atau Kota Kinabalu, dan ingin walk in sendiri ke Shaklee Branches ini, silalah SMS ke 019-2712601 (Yus) terlebih dahulu agar anda tidak terlepas untuk menikmati harga istimewa.

Testimonial : Kekal bertenaga selepas mengayuh 90km!

Kekal Bertenaga Berbasikal 90km dengan Shaklee Performance Drink!!!

*Kredit kepada MyChibiBox

Saya sangat berpuashati dengan Shaklee dan mahu suami saya juga merasai kebaikan Shaklee. Bukan mudah ya untuk mengajak suami kita menelan pil-pil walaupun sekadar B-complex dan vitamin C kerana suami saya tidak suka menelan ubat. Setiap hari saya sediakan pil box dan pil box akan kembali ke tangan saya seperti mana saya sediakannya. Tidak terusik pun isinya.

Akhirnya, suami saya telah menjumpai produk Shaklee kesukaannya iaitu PERFORMANCE DRINK (PD).

Incik N (suami saya) bekerja sendiri dan berada di jalan raya hampir sepanjang hari. Perjalanan memakan hampir 200km setiap hari. Sudah tentulah badan jadi letih. Jadinya, saya akan bancuhkan PD dalam 1botol air untuk bekalan semasa berkerja. Setelah beberapa hari, Incik N memberitahu badannya sudah tidak berapa letih. Saya pun lihat muka suami saya kurang letih dan lebih ceria.

Oh, Incik N juga mempunyai hobi berbasikal. Sebelum saya bersalin, hampir setiap minggu Incik N akan berkayuh bersama-sama rakan seangkatan. Bukan berkayuh keliling taman ya. Mereka berkayuh jarak jauh. Antaranya daripada Puncak Alam ke Pantai Jeram sejauh 45km pergi dan balik. Menaiki bukit ke kampus UiTM Puncak Alam. Jalan ke kampus itu boleh dikatakan seperti mini genting highland yang memerlukan pendakian mencabar. Naik kereta pun terasa tinggi sungguh bukit itu.

Selama saya cuti bersalin, Incik N memang bercuti terus daripada berkayuh basikal. Hampir 2 bulan lebih. Semalam, Incik N ikuti satu ekspedisi berbasikal daripada UKM ke Bagan Lalang sejauh 90km pergi dan balik bermula daripada pukul 8 pagi.Perjalanan sehala sahaja memakan masa 4 jam lebih. Saya berasa risau kerana Incik N sudah lama tidak berlatih dan sebelum ini, Incik N akan mengadu keletihan apabaila pulang berbasikal. Paling teruk apabila kadangkala kakinya kejang semasa berkayuh.

Saya bancuhkan 3 liter air PD untuk bekalannya dan berdoa segalanya berjalan lancar. Mestilah risaukan sebab berkayuh dalam cuaca yang panas terik. Kita naik kereta dengan penghawa dingin pun rasa letih dan haus bila tengah hari.

Nak tahu apa reaksi Incik N selepas kembali daripada ekspedisi?

Saya : Abang Ok tak? Kaki kejang tak?
Incik N : Abang Ok je..Badan pun tak letih sangat. Yang best tu, kaki tak kejang.
Saya : Alhamdulillah.
Incik N : Abg N**r dengan Abg F***i pun hairan yang abang boleh kejar.
Abang bagitahu la yang Abang ambil air PD.

Tersenyum lebar saya mendengarnya. Dalam geng basikal tu, Incik N antara yang terkebelakang sebenarnya. Memang Incik N sudah jatuh hati dengan PD sebab jika saya terlupa, dia akan mengingatkan untuk membuat air PD untuknya.

~

Apakah Performance Drink?


Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)

Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
Sumber : Shaklee Malaysia

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?
  • Anda yang berkerja di bawah matahari terik
  • Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
  • Ibu mengandung atau menyusu
  • Anda yang demam dan selesema
  • Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
  • Anda yang mengidap penyakit kencing manis
Berapakah harganya?
Hanya RM92.50 di Semenanjung dan RM97.50 di Sabah/Sarawak. Harga termasuk kos penghantaran.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berniaga : Etika & Keberkatan

Credit
Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Nak kata susah tak juga, nak kata senang pun tak juga. Ayah saya berniaga, dari menjual kereta, buka kedai makan , buka bengkel sehinggalah menjual ayam daging. Jadi darah berniaga telah wujud dalam diri saya apabila saya dan adik beradik kami didedahkan cara berniaga sejak dari kecil.
Arwah abah mendidik kami dengan penuh disiplin dan beliau sangat tegas. Masing ingat lagi, perniagaan terakhir arwah sebelum beliau meninggalkan kami buat selama-lamanya…beliau berniaga ayam daging. Arwah dan adik lelaki saya akan menyembelih ayam apabila ada permintaan, manakala emak dan adik-adik saya yang lain menjadi tukang potong serta membersihkan ayam sebelum diserahkan kepada pelanggan/pembeli. Saya pula abah lantik sebagai cashier. Namun apabila pelanggan terlalu ramai, saya akan turut serta dengan mak dan adik-adik memotong ayam. Kami dilatih menjadi seorang yang pantas agar pelanggan tidak bosan akibat menunggu.

Arwah abah selalu mengajar kami dan tekankan bahawa perniagaan adalah salah satu yang disukai ALLAH. Namun perlulah dilakukan dengan penuh berhemah dan beretika kerana ia mempengaruhi keberkatan duit yang kita terima. Duit inilah yang menjadi darah daging pada ahli keluarga kita. Abah pernah juga cakap, hasilnya kita tak nampak sekarang tetapi di masa akan datang.

Saya selalu melihat dunia perniagaan ini ibarat menangkap ikan di lautan. Rezeki setiap orang takkan sama. Cara menarik ikan pula bergantung pada umpan yang kita gunakan. Besar umpan besarlah ikan yang akan kita dapat. Namun balik juga pada rezeki ALLAH dan kurniaan ALLAH jua.

Kalau dulu kita tak pernah memancing, sebab melihat ramai yang pergi memancing, kita pun teruja nak turut serta. Seperti yang kita tahu dalam mendapatkan hasil laut, ada orang guna joran moden, ada orang guna  joran biasa tidak lupa yang guna jala ikan yang besar….jangan pula kita yang baru nak cuba nak turut serta menangkap ikan maka kita terus menuba ikan semata-mata kerana nak dapat ikan dengan lebih banyak dan cepat.
Tuba adalah sejenis racun yang digunakan untuk membunuh atau memabukkan ikan. Menuba ikan ialah dengan menyebarkan tuba di dalam air untuk menangkap ikan. Ikan yang terkena tuba akan mati dan terapung.

Ini akan menjejaskan hasil tangkapan orang lain juga. Tidakkah ini mengganggu periuk nasi orang lain? Apabila ini berlaku kita mungkin akan lihat kita berjaya kerana berjaya menangkap banyak ikan dengan cepat, namun hanyalah sebagai seorang yang tiada etika dan hilang keberkatan kerana memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain.

Dalam dunia yang serba moden ini, ramai antara kita yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan secara online. Ianya lebih memudahkan kerana dengan online, dunia wujud tanpa batasan. Ramai yang menggunakan facebook, web dan blog untuk berniaga. Alhamdulillah kerana ramai yang sedar tentang kebaikan melalui berniaga. Namun malangnya terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan dengan menipu disebalik barangan yang dipamerkan. Setelah duit diperolehi mereka hilang begitu sahaja. Tidak kurang dengan mereka yang menjual barangan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah agar dengan mudah mendapat pelanggan. Tidak salah untuk berniaga, namun NIAT tidak menghalalkan cara. Tidakkah dengan berbuat demikian sama seperti menabur tuba untuk menangkap ikan? Jika nak berniaga barangan yang sama, berniagalah dengan adil tanpa memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain. Hasil berniaga inilah yang akan membentuk hati dan darah daging kita dan ahli keluarga kita.

Saya teringat dengan kisah seorang kawan baik saya yang mesra dipanggil Kak Mar, beliau telah bertahun membuat kek. Oleh kerana jiran barunya berminat untuk belajar resepi kek tersebut, Kak Mar dengan senang hati mengajarnya. Dalam diam, jirannya juga menjual kek tersebut. Bertambah hebat lagi si jiran menjual dengan harga yang lebih murah dari harga kak Mar. Kak Mar tak marah. Beliau yakin rezeki ni datangnya dari ALLAH jua. Si jiran tadi sangat bangga kerana ramai pelanggan kak Mar kini membeli dari dia berbanding kak Mar. Selepas 6 bulan, anak si jiran tadi mendapat demam panas dan menyebabkan anaknya menjadi terencat akal sehinggalah sekarang. Nauzubillah. Sejak dari itu, si jiran tadi tidak mampu untuk membuat dan menjual kek kerana terpaksa menjaga anaknya yang terencat itu.

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni’mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan”. ( al-An’aam ayat 44).

Saya benar-benar mengambil tauladan dari cerita kak Mar. Adakala dalam apa yang kita lakukan kita terlupa tentang ETIKA dan KEBERKATAN. Namun jika kita berpegang pada AL Quran dan Sunnah, insyaALLAH dalam apa yang kita usahakan kita fikirkan tentang kesan dan akibat.

Bagi yang berniaga, berniagalah dengan adil dan berhemah serta yakinlah dengan rezeki ALLAH. Moga ALLAH memberi sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

” Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Penyayang kepadamu. “ ( An- Nissa 4: 29)

p/s : Terima kasih kak!!