Kesihatan bermula dari rumah

April, 2012

now browsing by month

 

Tak perlu shaker, guna apa yang ada!

Bila ketiga-tiga canister ni ada di rumah, kesemua trio AZ memang akan teruja. Pantang nampak, pasti disuruh ibunya untuk bancuhkan buat mereka. Hish… Lagi sedap kalau buat ice blended. Yummy!

Oh ya, ada pelanggan-pelanggan yang budiman SMS kepada saya bertanya, kalau tiada shaker, boleh minum tak? Laaaa… Tentulah boleh. Tak perlulah dan dan tu nak p kedai beli shaker. Sekiranya di rumah ada bekas minuman seperti dalam gambar (itu contoh ya!), pun dah memadai. Janji air boleh masuk, tripple gem boleh masuk, kemudian boleh ditutup rapat. Cukuplah!

Ok je pakai bekas macam ni. Janganlah susahkan diri pula. Kadang2 saya tak shake pun. Kacau lama sket. Ok dah. Heee…


Seperti biasa, sebarang pertanyaan mengenai penyusuan dan produk Shaklee, boleh emel ke ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS/WhatsApp 0192712601.

Ya, Shaklee adalah MLM

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Ada yang sudah mengetahuinya. Ada juga yang belum. Shaklee sudah bertapak lama di Malaysia. Sudah lebih 50 tahun. Apabila saya bercakap kepada orang-orang dewasa (aik..macam aku muda remaja plak…), ramai di antara mereka yang sudah mengenali Shaklee. Pernah denganr perkataan Shaklee.

Sejujurnya, sebelum 2008, saya tidak pernah dengar Shaklee. Mungkin kerana mak saya tidak teruja untuk melibatkan dirinya dengan perniagaan MLM, maka saya tidak pernah mendengar jenama ini. Mak saya lebih aktif dengan PUSPANITAnya dan semua aktiviti PUSPANITA. (ops..anaknya tak join PUSPANITA!). Tetapi bapak saya rajin. Saya mengetahui jenama Amway, Nutrimetics, Avon dari bapak saya! hahahaha…

Dan sehingga pada tahun 2004, En Bopren diperkenalkan dengan perniagaan corset wanita di bawah jenama ****. Saya memberikan sokongan kepada En Bopren apabila melihat beliau begitu teruja untuk melibatkan diri. Saya menemani beliau ke setiap perjumpaan ahli. Ada kala, saya turut menemani beliau untuk berjumpa dengan prospek. Nak jadi bakal isteri, haruslah sanggup menemaninya dikala susah dan senang.

Namun, sehingga 2006, ada situasi yang berlaku. Keadaan tidak seperti yang diharapkan. Si dia nampaknya mengalah, kecewa mungkin. Saya tidak memberi sebarang ulasan atas apa yang berlaku. Sekadar mengikut sahaja segala keputusan yang diambil oleh si dia. Kerana apabila dia memulakan langkahnya dahulu pun saya tidak bersuara, sekadar menjadi pemerhati.

Semenjak itu, kami sedaya upaya menjauhkan diri dari sebarang perniagaan MLM. Sekiranya ada yang ingin bertemu kemudian mengajak kami menyertainya, kami menolak. Si dia seakan sudah menjadi anti MLM. Namun sehinggalah pada 2009, selepas saya menggunakan Shaklee selama satu tahun, saya diajak untuk menyertai Shaklee. Ya, saya tahu ia adalah perniagaan yang berasaskan MLM. Tetapi saya tidak menolak.

Mengapa? Selepas meneliti sistem perniagaannya, saya dapati ia berbeza. Sangat berbeza dari apa yang pernah En Bopren lalui dulu. Sehingga kini, saya tidak pernah keluar berjumpa dengan prospek atau downline. Perjumpaan kumpulan pun diadakan apabila kumpulan kami sudah terlalu besar. Ia dilakukan dalam dua bulan sekali atau bergantung kepada keadaan. Subhanallah! Ya, keluarga kami sudah terlalu besar. Dan hampir keseluruhan yang menyertainya tidak pernah berjumpa dengan upline untuk berbincang mengenai sistem. Ia dilakukan secara MAYA!



Anda mahu menyertai kami? Hubungi saya segera!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Benarkah bayi keliru puting?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Sering saya mendapat emel, SMS atau panggilan telefon dari ibu-ibu untuk meluahkan, bercerita mengenai masalah yang mereka hadapi bersama si kecil. Kebanyakannya mengalami satu masalah yang sama. Ibu-ibu mengatakan si kecil tidak lagi mahu menyusu secara terus kerana si kecil telah mengalami keliru puting. Persoalannya benarkah si kecil itu mengalami keliru puting?

Semasa di SI Lactation Conference 2010, Pakar Laktasi Dr Jack Newman ada menyebut bahawa sebenarnya tiada istilah keliru puting. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu memahami bagaimana pelekapan (latch-on) berlaku, Boleh lihat video di bawah. Lihat pada masa 0:49 sehingga 2:15. (p/s : Saya tidak mempromosikan Ameda.com)




Apabila ibu-ibu memahami bagaimana si kecil melekap, jadi sebenarnya ibu-ibu memahami apa yang sebenarnya berlaku kepada si kecil. Pelekapan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak untuk menggerakkan rahang mulut. Tetapi apabila menggunakan botol susu, ini tidak berlaku lagi. Bayi hanya perlu tunggu susu keluar dari puting botol dan seterusnya masuk ke dalam mulutnya. Penggunaan tenaga adalah minimal.

Lama kelamaan, si kecil senang dengan keadaan ini dan tidak mahu lagi kembali ke payudara ibunya. Si kecil sangat bijak. Dia sendiri sudah tahu bagaimana untuk menggunakan kecomelannya dari kecil lagi. Tenaga yang telah disimpan itu tadi digunakan untuk menangis sekuat-kuatnya apabila dia tidak lagi mendapat susu dari botol susu. Maka si ibu pula panik! Si ibu sebenarnya telah dimainkan oleh si kecil. Anda tidak percaya? Percayalah kerana si kecil itu bukan setakat comel malah bijaksana.

Untuk mengelakkan si kecil terus menangis, si ibu kembali memberi susu melalui botol susu. Ya ia berterusan sehingga si ibu berasa sedih kerana si kecil tidak mahu menyusu secara terus dari payudaranya. 

Nanti saya akan ceritakan bagaimana untuk kembalikan ‘teman baik’ si kecil semula kepada si kecil itu!

Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.