Kesihatan bermula dari rumah

August, 2014

now browsing by month

 

Shaklee Effect : Lecithin membantu dalam penyusuan

Setahun lebih saya kurang aktif di dalam dunia penyusuan. Saya hanya berkongsi perkara-perkara berkaitan dengan penyusuan apabila terdapat pelanggan-pelanggan setia Sihat2u yang menghubungi saya dan ingin mengetahui segala yang berkaitan mengenai penyusuan.  Sekali-sekala saya akan mendapat pelanggan telefon dari ibu-ibu yang bersalin di Hospital Serdang kerana saya masih lagi terlibat dengan aktiviti penyusuan di hospital.


Seperti biasa, sekiranya ia berkaitan dengan penyusuan, pastinya saya akan cuba kenalpasti dahulu apakah punca kepada masalah yang sedang dihadapi oleh si ibu atau anak. Adakah si ibu benar-benar memerlukan suplemen atau si ibu sedang menghadapi masalah teknikal dalam penyusuan? Adakah si ibu benar-benar faham, apakah konsep demand dan supply? Ya, ini memang rutin saya sejak terlibat dengan dunia penyusuan sejak 2009. Walaupun grup Shaklee saya memperkenalkan set penyusuan, namun asas dalam penyusuan tidak akan dilupakan.
Ada beberapa kes,  memang terdapat ibu-ibu yang tidak memerlukan langsung bantuan suplemen. Namun, penghasilan susu masih terganggu. Bayi seakan tidak puas dengan keadaan itu. Ibu itu telah melakukan hampir semua perkara yang perlu dan juga akan mencuba untuk makan apa saja yang boleh membantu dia untuk membanyakkan susunya. Dalam keadaan ini, biasanya saya berikhtiar dengan LECITHIN.

Ya, dengan lecithin.

Lecithin membantu memecahkan lemak yang terkumpul. Oleh itu, sekiranya terdapat lemak yang tersumbat di dalam duktus susu, ia akan memecahkan lemak itu dan seterusnya memberikan semula laluan keluar buat susu. Maka, penghasilan susu adalah dilihat lebih baik. Dan seterusnya si ibu dan anak tidak lagi stress!





 

Shaklee Effect : susu mencurah dengan ESP!

Antara #shakleeEffect yang paling terkesan dalam sejarah saya bersama Shaklee ialah pengalaman susu mencurah-curah selepas minum secawan ESP. ESP adalah produk pertama yang masuk ke dalam perut saya pada tahun 2008. 
Selepas kegagalan menyusukan Azyana, saya sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Saya juga berjumpa dengan kaunselor laktasi, Pn Kamariah untuk mendapatkan teknik yang betul.
Tapi dek kerana ‘Tamak’, saya mahukan susu itu banyak, saya hubungi Pn Norita (sekarang bonda Shaklee saya), Dan kebetulan beliau berada di Semenanjung, jadi beliau datang menghantar produk ke rumah. Agak lama juga beliau di rumah. Ada saja cerita yang kami kongsi.
Selepas beliau pulang, saya pun terus mencuba produk ini. Saya terus bancuh ESP dalam mug. Suam2 saja. Selepas dlm 15-30 minit saya minum,  air susu mencurah-curah sehingga saya terpaksa pam. Nak beri pada anak, dia baru selesai minum sebelum saya minum ESP tu dan sedang nyenyak tidur.
Ya Allah, saya sungguh tak sangka kesannya begitu cepat!!
Dan breast saya sentiasa rasa berat dan memang terpaksa pam dahulu setiap kali sebelum beri si kecil minum supaya dia tidak tersedak susu. Begitulah setiap hari sehingga saya naik keje. Gila kan!
Inilah si kecil tu! Tapi sekarang dia dah berumur 6 tahun!

Shaklee Effect : Perut lebih lawas dengan Ostematrix

Ramai orang ada masalah dengan pencernaan. Tapi ramai juga yang tidak mahu mengakuinya sebabnya kata mereka, dah biasa membuang 2-3 hari sekali. Sepatutnya perut kita membuang sehari sekali.

Yelah, secara logiknya. Hari-hari kita makan dan minum, takanlah nak simpan 2-3 hari baru nak membuang. Jadinya, paling kurang pun, sehari sekali kita patut membuang. Ada 2,3 orang pelanggan saya yang consume Ostematrix atas alasan ingin menampung keperluan kalsium dalam tubuh mereka. Namun, selepas consume Ostematrix, mereka sangat kerap membuang.

Ini testimoni pelanggan Ostematrix (bukan masalah lawas)
Tu masalah biasakan. Lenguh-lenguh, sakit pinggang, penat pada kaki. Biasalah. Orang perempuan terutamanya. Banyak bergerak. Aktif sangat. Urusan kerjaya. Urusan rumahtangga. Tak henti-henti sampai ke malam.

Cuba kita tengok testimoni dari orang yang ada masalah lawas pula

Perut memang akan rasa sangat selesa apabila telah selesai membuang di waktu pagi. Lebih-lebih lagi apabila dah consume Ostematrix sebelum tidur pada sebelah malam tu. Bukan itu saja, bangkit dari itur, badan akan rasa lebih selesa.

Anda ada masalah di atas? Jom cuba Ostematrix!