My Bongsu masuk sekolah!

Alhamdulillah. Semua dah masuk sekolah tahun ni! Azyana tiada dalam gambar sebab dia bersekolah asrama. Maka ada gambar bertiga sajalah di pagi 2020 ni…

Si Bongsu, Azmie, sangat teruja nak pergi sekolah. Sebulan dia tanya bila dia nak mula.. hahaha… Ok, so inilah harinya. Semoga bertabahla ya dik. hihihi.. Biasa bangun jam 8 baru p sekolah. Sekarang perlu bangun jam 6.30-7 pagi. Nak ajar dia bersolat Subuh lagi, so dah sah la tak boleh bangun lambat.

Azzalea (Tahun 6) dan Azrie (Tahun 4), sesi persekolahan diorang ialah sesi pagi. Azmie (Tahun 1) akan bersekolah sesi petang. Ibu dan ayah macam biasa, membahagi tugas nak urus 3 orang ni. Azyana (Tingkatan 2), alhamdulillah semakin dapat menyesuaikan diri di sekolah.

My mini me