3 kesilapan bisnes yang perlu dielak

Perjalanan bisnes dalam Shaklee selama 10 tahun memang memberi banyak pengajaran kepada saya. Untuk cycle kali ni, ya, saya sangat berhati-hati dalam setiap langkah. Dan ia akan disampaikan sebaik mungkin kepada leader dan downline saya.

Jom kita tengok apakah 3 kesilapan bisnes yang perlu dielak.

  1. Tiada matlamat yang jelas

Semua orang yang berbisnes sememangnya mempunyai matlamat. Namun begitu, ramai yang membuat matlamat yang tidak jelas dan tidak spesifik. Disebabkan matlamat itu tidak jelas, maka kita mudah untuk mengalah.

2. Tidak melakukan Follow Up dengan pelanggan

Ramai yang mengambil mudah bab ni. Sebenarnya untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih susah dari mengurus pelanggan lama. Sepatutnya semua peniaga membuat jadual follow up mengurus pelanggan. Sentiasa bertanya tentang keadaan mereka selepas menggunakan produk. Mengambil maklum balas untuk memperbaiki produk dan servis.

3. Tidak mengurus kewangan bisnes dengan baik

Ya, ini bahagian terpenting. Ramai yang lupa untuk mengasingkan duit bisnes dan duit personal. Bila tidak diasingkan, maka tergunalah duit tu. Antara perkara yang boleh dibuat ialah dengan menggunakan dua dompet, atau akaun yang berlainan untuk mengasingkan duit bisnes dan duit personal.

Ok.. saya kongsi 3 dulu. Ada masa, nanti saya akan kongsi yang lain. Sebenarnya ada lagi kesilapan bisnes yang berlaku sepanjang saya melakukan bisnes. Dan saya mengambil pengajaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.