Kesihatan bermula dari rumah

3 Resepi Peria Katak Merawat Kencing Manis

Posted by on Oct 11, 2017 in Jurnal Kesihatan | 0 comments

3 Resepi Peria Katak Merawat Kencing Manis

Ok, hari ni CikYut nak share 3 Resepi Peria Katak Merawat Kencing Manis. Banyak sebenarnya resepi peria katak ni, tapi Cik Yut tuliskan 3 sahaja. Maklumat mengenai peria katak, boleh di baca di sini.

 

HILANGKAN RASA PAHIT PERIA

Bila sebut ‘peria’, memang terbayang rasa pahitnya tu kan. Rasa tak mampu nak telan. Jadi, cara untuk hilangkan rasa pahit tu, potong peria nipis-nipis. Kemudian, rendam ia di dalam air garam dalam 10-15 minit. Kemudian boleh la gunakan ia.

 

Resepi Paling HOT : Jus Epal & Peria Katak

 

Bahan-bahan:
1/2 biji peria – bersihkan dan buang biji – potong kecil-kecil
2 biji epal hijau – buang biji dan potong kecil-kecil
300ml air masak

Cara:
1. Campurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Tapis bahan kisar.
4. Tuangkan jus ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dihidangkan

 

Resepi kedua : Peria Goreng Garing

 

Bahan-bahan:
2 biji peria – bersihkan dan buang biji – potong kecil-kecil
Tepung goreng serbaguna
Minyak masak

 

Cara:
1. Campurkan peria ke dalam tepung goreng serbaguna.
2. Pastikan tepung salut semua peria.
3. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
4. Apabila minyak telah panas, masukkan peria yang bersalut tepung tadi.
5. Angkat apabila peria menjadi kekuningan.

 

Resepi ketiga : Peria katak masak sambal

 

Gambar dari Google Search

 

Bahan-bahan:
2 biji peria – bersihkan dan buang biji – potong kecil-kecil
3 sudu kisaran bawang putih dan bawang merah
Segenggam ikan bilis
5 sudu cili boh
1 sudu pati asam jawa
Garam & gula secukup rasa

 

Cara:
1. Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu. Angkat dan diketepikan.
2. Masukkan kisaran bawang putih dan merah.
3. Setelah naik bau, masukkan pula cili boh.
4. Bila cili dah masak, masukkan pula pati asam jawa.
5. Masukkan peria dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kemudian perisakan dengan garam & gula secukupnya.

 

Alhamdulillah.

 

Dapat tak 3 resepi ni? Mudah aje kan? Sebenarnya ada banyak lagi resepi peria katak ni.

Masaka jelah dengan pelbagai cara, yang penting garam 7 gula tidak berlebihan.

 

Sampai jumpa lagi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *