Kesihatan bermula dari rumah

5 Cara Sihat untuk Si Pemalas

Posted by on May 23, 2017 in Jurnal Kesihatan | 0 comments

Ramai orang nak sihat. Ramai orang nak kurus. Tapi bukan semua orang rajin untuk bersenam. Betul kan? Lebih-lebih lagi mereka yang selesa dengan rutin kerjaya di pejabat. Tiap bulan, ada aje sesi potluck. Kalau tak potluck, ada yang rajin belanja satu pejabat.

.

sihat

.

.

Mmm… rasanya mak-mak yang bekerja di rumah pun ramai je yang tak berapa rajin nak bersenam. Setiap hari, masuk dapur 2-3 kali. Sekali untuk buat juadah sarapan, sekali untuk makan tengahari dan sekali untuk makan malam. Tu belum lagi melayan karenah anak-anak yang mahu kan kudapan antara dua waktu makan. Buat untuk anak, maknya pun makan sekali.

.

Hihihi… Pastinya korang ada banyak alasan kan untuk kata tak dapat bersenam. Sibuklah, tak sempatlah. Takde masalah. Ok, macamana cara terbaik untuk mendapatkan gaya hidup sihat bagi insan-insan yang kurang rajin.. hihihihi

.

.

Senaman atas katil

Suruh pergi briskwalk kat taman, malas kan.. Ace cuba briskwalk atas katil. Kikiki… Ntah bape pusingan le gamaknya nak selesai 1000 langkah. Ok, ini yang paling senang dan mudah. Celik aje biji mata, ucap dulu ‘Alhamdulillah’.

Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Buat la sekerap yang boleh agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.

.

.

Gunakan tangga

Kelebihan untuk korang yang tinggal di rumah pangsa. Eh, kalau rumah dua tingkat, tiga tingkat pun bagus gak ni. Elak menggunakan lif. Sebaiknya gunakan tangga untuk turun dan naik waktu pagi dan petang. Menaiki tangga mampu melatih otot kaki dan pinggul. Ia juga boleh membakar sehingga 302 kalori. WOW!

.

.

Berdiri sesekali

Bagi mak-mak yang selalu ada urusan dengan anak-anak di dapur, korang sebenarnyasedang melakukan senaman yang bagus. Terutamanya ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan.

Mmm… Sesambil bergerak tu kan, sebaiknya buat sedikit pergerakan. Pusing kaki ke, pusing tangan ke.

.

.

Ketawa

Berada di dalam tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan dan juga hilang fokus untuk melakukan satu-sau pekerjaan. Gunakanlah cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda. Caranya ialah dengan KETAWA. Lakukan apa saja perkara yang boleh membuatkan anda ketawa.

Ketawa dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Ini sememangnya senaman yang paling mudah. Ketawa juga salah satu cara untuk AWET MUDA!

.

.

Peluklah pasangan anda

Memeluk pasangan atau orang yang anda cintai (ibubapa, ahli keluarga) dapat memberikan ketenangan dalam diri. Berdasarkan kajian di Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekaligus mengurangkan 7% tekanan yang dialami. Kurang tekanan, hidup lebih SIHAT!

CY memang sukaaaaa peluk suami! Rasa tenang sangat.

.

.

Korang nak KURUS? Klik sini.

.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

.

order sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *