Kesihatan bermula dari rumah

7 khasiat HALIA untuk KECANTIKAN

Posted by on May 16, 2017 in Jurnal Kesihatan, Peppermint-Ginger Plus | 0 comments

Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan luaran dan dalaman. Halia boleh diolah menjadi ramuan untuk merawat masalah kulit. Ia juga membersihkan dalaman dan membantu wanita menurunkan berat badan secara alami.

Jom kita bongkar lagi manfaat halia!

1. Merahkan bibir

Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur. Oles halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Tapi, jangan gosok terlalu kuat kerana boleh mencederakan bibir. Kulit bibir adalah lembut. Amalkan petua ini sekali sehari. Ia membantu membuang sel kulit mati dan menjadikan bibir kemerahan.

2. Buang angin & toksin

Untuk membuang toksin dalam badan, gunakan cara ini. Rendam hirisan halia bersama uncang tehdan air panas. Masukkan sedikit gula perang untuk rasa yang lebih enak. Tutup bekas selama dua minit, kemudian nikmatinya. Lakukan setiap hari. Kombinasi ramuan ini sangat baik untuk membuang angin dan menjadikan tubuh segar serta berasa ringan.

3. Langsingkan badan

Halia juga boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara alami. Hiris halia halus, kemudian campurkan dengan air panas. Amalkan minuman ini setiap pagi ketika perut kosong. Ia membantu proses pencernaan. Halia juga digunakan sebagai ramuan utama menghasilkan krim pelangsingan. Krim atau pati halia dapat mengatasi selulit, rekahan, dan mengempiskan perut serta mengecilkan bahagian bermasalah seperti paha.

4. Menghilangkan bau badan

Ramai wanita yang mengalami masalah bau nadan. Walaupun sudah menggunakan deodoran namun badan tetap berbau hamis. Bagi mentasi masalah ini,  minuman air halia bersama teh. Atau boleh juga amalkan mengunyah halia yang ditumbuk hancur. Jika tidak mampu makan atau minum halia mentah, gunakan halia sebagai ramuan dalam masakan.

5. Menaikkan seri wajah

Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas. Minum setiap pagi. Kombinasi ramuan ini membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatklan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah. Amalkan selalu, anda pasti gembira dengan hasilnya.

6. Bersihkan kulit

Halia juga boleh digunakan untuk melulur tubuh. Ia membantu membersihkan kulit dan membuang angin. Tumbuk halia, campurkan ia dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini. Bancuh sehingga pekat dan lulurkan ia ke badan.

7. Redakan tekanan

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Mandaatkan halia dalam bentuk yang anda suka. Ini kerana halia dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman tubuh. Apabila kita berasa relaks, wajah dan tubuh akan tampak lebih segar. Sekaligus ia menyerlahkan kecantikan semulajadi anda.

 

Bagaimana? Banyak rupanya manfaat halia ni kan.  Lepas ni jom pakat p dapur, buat teh halia. Oh ya, kalau korang rasa payah nau nak telan halia hidup ni. Yang dah rebus pun rasa payah gak, korang boleh cuba dengan Peppermint-Ginger Plus.

PG

 

Lega dan Tenang dengan Peppermint Ginger Plus

Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.

Rangkaian kesihatan kami menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi, dan melindungi daripada masalah sembelit.

Keistimewaan Shaklee

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

 

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order-sekarang-juga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *