Kesihatan bermula dari rumah

Ada jeragat, bagaimana nak hilangkannya?

Posted by on Sep 30, 2011 in GLA Complex, Jurnal Psoriasis, Kulit, Set A, Vitamin E | 0 comments

Alhamdulillah. Kita telah sampai ke penghujung September. Kalau dalam kalendar Islam, sudah masuk bulan Zulhijjah. Maka ramai yang akan berangkat ke Mekah. Bahkan sudah ada pun yang sampai di sana dan yang sedang dalam perjalanan ke sana. Saya yakin ramai yang memasang hajat untuk ke sana. Oleh itu, perbanyakkan doa dan usaha supaya Allah mendengar doa kita dan memperkenankannya.


Heheh..suka betul buat macam ini. Tajuk lain, ceritanya lain. Baik, kembali kepada tajuk. Bagaimana nak hilangkan jeragat? Apa itu jeragat? Bagaimana ia terjadi? Dari pembacaan saya, tiada yang menyatakan secara spesifik bagaimana jeragat itu berlaku. Ada yang kata ialah baki dari jerawat yang tidak habis meletus. Ada yang kata ia disebabkan daki dari muka yang berkumpul di suatu tempat. Apa yang pasti ialah bila ada jeragat ia mengganggu personaliti seseorang. Ada juga yang tak kisah mukanya penuh jeragat atau jerawat. Ada pula yang panik.

Bercakap mengenai kecantikan kulit, especially pada muka, saya selalu fikir sudah cukup mengambil Set Optimum, Vitamin E dan Nutriferon. Baru ni Kak N minta saya cuba makan GLA. Alhamdulillah, keadaan kulit saya ada nampak perubahan.

Ni ada satu kisah yang saya nak konsi dengan semua. Kak N beri adiknya cuba GLA dan syukur ia memberi kesan yang memberansangkan. Cuba baca ni :
Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya….salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.


Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Subhanallah. Kadang-kadang keajaiban itu berlaku dalam perkara yang tak disangka. Pada mulanya niat makan GLA utk lain, hasilnya dapat yang lain juga. Tak ke mengancam tu! ish.. Tapi mmg GLA banyak membantu menstabilkan hormon dalam badan. Bagi yang sering rasa senang nak marah, kepenatan, dan resah gelisah juga boleh cuba GLA. 

Boleh emel kepada saya atau SMS atau WhatsApp untuk dapatkan konsultansi mengenai ini. Jangan segan-segan ye. Kongsikan kebaikan GLA ini bersama rakan-rakan yang lain!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *