Kesihatan bermula dari rumah

Adakah anda HAMIL?

Posted by on Mar 18, 2013 in Hamil, Jurnal Kehamilan | 0 comments

Buat pasangan yang baru kahwin, sudah tentu ingin cepat-cepat menimang cahayamata. Bagi pasangan yang sudah lama kahwin pula, mahu anak berderet-deret. Ada juga yang merancang kehamilan, supaya tidak beranak tiap-tiap tahun. Terpulang ke pasangan itu.



Bagaimana nak tahu yang anda sedang hamil? Bagi orang yang dah 4 kali mengandung macam saya, pengalaman adalah berbeza bagi setiap kehamilan. Sebelum anda berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan, ada beberapa tanda yang akan berlaku untuk ‘memberitahu’ yng anda sedang hamil.



Cara mengetahui tanda-tanda awal kehamilan atau mengandung

Saat kehamilan adalah saat yang paling dinanti-nantikan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Seorang isteri sangat gembira apabila dia dapat mengetahui dirinya sudah “berbadan dua” kerana itulah yang diinginkan dalam sebuah rumah tangga bahagia. Mempunyai anak kandung sendiri adalah keinginan yang tidak dapat dipisahkan dari pasangan suami sendiri kerana anak merupakan penyeri kepada kehidupan berkeluarga.
Berikut adalah tanda-tandanya, dan ia mungkin berbeza mengikut individu dan kehamilan mereka ya!
1. Terasa mual
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.
2. Kekerapan membuang air kecil
Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.
3. Terasa ‘Cramped’
Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
4. Lewat datang haid
Ini memang tanda yang paling ketara. Tetapi ada juga orang yang pregnant, to masih datang bulan pada awal-awal kelahiran, cuma ia jarang-jarang berlaku.

5. Mengidam

Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.
6. Moody
Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.
7. Payudara menegang dan sensitif
Payudara terasa berdenyut-denyut dan sensitif apabila dipegang. ini kerana payudara itu dalam proses persediaan untuk membuka kilang susunya!

8. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

9. Pengsan
Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
10. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
11. Rasa lelah yang berlebihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
12. Sembelit
Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
dan yang paling akhir ialah
13. Ujian kehamilan
Pergi sahaja ke farmasi dan dapatkan ujian pengesan kehamilan. Anda boleh lakukan sendiri pemeriksaan di rumah. Ikut sahaja arahannya. 
“Tahniah! Anda hamil.”
Pasti anda suka untuk dengar itu bukan.

Nanti saya akan berikan cadangan suplemen kepada ibu hamil >____<

Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA?
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus)
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *