Kesihatan bermula dari rumah

Anak di NICU…..ibu macamana?

Posted by on Oct 17, 2011 in Breastfeeding, NICU | 1 comment

Sejak membuat lawatan ke NICU, lebih banyak kes penyusuan yang saya peroleh. Kadangkala masalahnya sama, tapi jalan penyelesaiannya berbeza. Ada ibu, kita beri sedikit tips atau cara, InsyaAllah masalahnya selesai. Ada ibu yang lain, sudah dibantu berhari-hari namun tiada yang selesai. Di NICU, ada ibu yang berpeluang untuk menemani bayi mereka kerana terdapatnya bilik yang disediakan. Buat yang tidak berpeluang, mereka akan datang setiap hari untuk menjenguk bayi, menyusukan bayi dan meluangkan masa dengan bercakap-cakap dengan si kecil. Tabah sungguh si ibu!


Ada juga rakan-rakan saya yang akan menghubungi saya dan mendapatkan panduan untuk menyusukan bayi disebabkan bayi mereka masih di NICU. Apa yang sering berlaku apabila si ibu tadi berpisah dengan bayi ialah ibu akan mengalami bengkak susu (engorgement). Perkara ini disebabkan oleh si kecil tiada di sisi untuk menyusu. Penghasilan susu telah berlaku namun payudara tidak dapat dikosongkan.


Kebanyakan ibu melegakannya dengan mengepam payudara mereka. Namun begitu, ada sesetengah perkara, keadaan menjadi lebih teruk. Mereka mungkin akan mengalami luka pada puting. Apa yang sebaik-baik cara yang perlu dilakukan oleh ibu tadi?


1. Engorgement – bila sudah terlalu bengkak mmg akan jadi terlalu sakit. Seeloknya payudara tadi di tuam sejuk terlebih dahulu untuk melegakan kesakitan. Apabila kesakitan sudah berkurangan, kita perlukan kurangkan rasa tegang pada payudara. Gunakan lima jari anda dan letak disekeliling areola. Kemudian tolak jari ke dalam, dan tahan dalam 10saat. Ulang cara ini sehingga kawasan sekitara areola lembut. Dan kemudian lakukan teknik Marmet.

Kenapa teknik Marmet lebih baik dari penggunaan pam?
Dengan menggunakan jari sendiri, anda dapat mengetahui bahagian mana yang mempunyai lebih banyak blockage. Dengan itu, kita akan menumpukan kawasan itu dengan mengosongkannya. Tidak salah untuk menggunakan pam, tetapi dengan keadaan payudara yang keras, ia menyebabkan luka pada puting.


2. Stress – kebanyakan ibu-ibu yang anaknya masih di NICU labih senang utk stress. Selalunya mereka sgt stress! RUnsing memikirkan keadaan si kecil, runsing keran amasih tidak dapat menyusukan si kecil secara terus dan juga runsing kerana memikirkan bahawa si kecil telah diberikan susu artificial.

Saranan saya, si ibu perlu elak dari terus-terusan memikirkan si kecil. Saya pasti, penjaga mereka iaitu paradoktor dan para jururawat sudah semestinya akan memberikan yang terbaik bagi memastikan si kecil dapat terus hidup. Saya selalu memberitahu ibu-ibu supaya mengambil perhatian terhadap diri mereka. Urus diri. Senangkan hati. Kemudian fokus kepada cara untuk menghasilkan susu dan kemudian dapat dibawa ke NICU dan diminum oleh si kecil.

Keadaan ibu-ibu yang baru bersalin sangat kusut masai. Jiwa mereka pula selalunya rapuh. Sekiranya si ibu tidak dapat bertahan dengan keadaan itu, itu yang boleh menyebabkan si ibu meroyan. Syaitan durjana pula sangat senang untuk meresap masuk ke dalam jiwa ibu disebabkan keuzuran ibu tadi. Jadi, buat ibu yang beragama Islam, saya sarankan untuk memperbanyakkan zikir dan selawat.Apabila keadaan ini dapat diatasi dan ditangani oleh si ibu, maka penghasilan susu dapat berlaku dengan lebih mudah dan lebih baik. Ibarat highway yang tiada road-block! heheee…


Anda boleh hubungi saya melalui emel ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601 untuk mendapatkan konsultansi mengenai penyusuan dan supplement.

One Comment

Join the conversation and post a comment.

  1. Marilee

    At last, somonee who comes to the heart of it all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *