Kesihatan bermula dari rumah

Antara persiapan bakal haji dan umrah

Posted by on Oct 3, 2010 in B-Complex, Fiber Plan Unflaverod, Haji, Ostoematrix, Performance, Umrah, Vitamin C | 0 comments

Salam…

Selepas Hari Raya Aidilfitri, akan tiba pula Hari Raya Aidiladha. Itu bermaksud ada di antara kita yang menjadi tetamu Allah di bumi Mekah (pst..harap2 dapat pi buat umrah tahun depan!!). Jadinya pasti segala persiapan dibuat bagi mendapatkan haji mabrur. Dalam pada itu, bagi membolehkan perjalanan ibada bakal haji tidak terganggu, persiapan dari segi fizikal juga harus dibuat. Pengambilan vitamin adalah sebagai salah satu USAHA.
Buat yang melakukan umrah, selalunya tempoh masa adalah pendek. Jadi mereka perlukna sesuatu yang simple dan ringkas. 

Vitamin yang disarankan buat bakal haji ialah :
1. Performance Drink – untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex – Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh. Memandangkan ibadah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C – sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

4. Kalsium @ Ostematrix – Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

5. Fiber unflavoured – sangat digalakkan diambil oleh mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ianya baik untuk memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Ianya berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.

Andai kalian mempunyai ibu bapa yang menjadi tetamu Allah pada Hari Raya Qurban kali ini, jika mempunyai kelapangan rezeki bolehlah mendapatkan vitamin di atas bagi kemudahan dan kesihatan mereka di sana.Sebarang tempahan boleh dibuat melalui email ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS 019-2712601
Sampai jumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *