Apa cerita : Thermomix

Sekarang, dalam musim PKP ni, banyak cerita pasal Thermomix. Aku pun baru dalam sebulan dua dengar pasal peralatan masak ni. Kiranya is the latest gadget la ni.

Kalau sebelum ni, orang dok kecoh pasal Noxxa. Now giliran Thermomix.

Life is simple gang! Korang ada duit, silalah beli. Yang takde duit, boleh buat installment. Kot ada grup yang buka Geng Kutu Thermomix, mungkin korang boleh join. Kalau rasa ada keperluan nak guna, pun silalah beli. Tiada orang paksa, tiada orang yang melarang. It’s your life, your money. Gittew.

Macam Noxxa dulu, aku memang suka sebenarnya bab gadget dapur. Maka aku pun dah jatuh cinta gak dengan Thermomix ni. Tapi aku lebih pikir kepada KEPERLUAN. Perlu ke aku nak ada gadget ni? Memang menyenangkan sangat bila guna Thermomix. Hassle free omputih kata.

Lepas pikir punya pikir. Aku decide tak mau layan kehendak hati. Maka aku tengok je lah kengkawan aku yang ada gadget ni. Tumpang gembira. <3 <3 <3

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.