Kesihatan bermula dari rumah

Apa itu anemia?

Posted by on Dec 11, 2011 in Anemia, B-Complex, Iron | 0 comments

Kebelakangan ini, ramai yang bertanya kepada saya mengenai anemia. Mereka mencari supplement yang boleh membantu mereka mengatasi masalah anemia mereka. Gejala atau simptom yang dialami oleh mereka yang mengalami anemia ialah sering penat, pening kepala dan rasa kurang bertenaga. Mereka juga kelihatan pucat. Anemia yang melampau boleh menyebabkan strok.

Saya kongsikan bersama anda,hasil tulisan Kak N.

Apa itu anemia? Kita mungkin biasa mendengar rakan-rakan mengadu seperti cepat letih, sakit kepala yang berlarutan, muka kelihatan pucat tak bermaya dan beberapa lagi yang sebenarnya ia merupakan simpton kepada penyakit anemia. Dikatakan ada 400 jenis anemia namun 2 jenis yang amat bahaya yang boleh mengakibatkan dua perkara berikut iaitu ;

• Kematian 
• Lumpuh badan

Secara umum anemia lebih dikenali sebagai kurang darah dan secara khusus tubuh kekurangan sel darah merah, atau kurang hemoglobin dan secara langsung menyebabkan kurangnya oksigen yang di bekalkan ke sel-sel.

Apakah tanda-tanda kepada penyakit ini? Antaranya ialah lemah badan, keletihan atau kelesuan, pening@sakit kepala, pucat- pada muka , kuku, bibir, dan kelopak mata, kesedihan, mudah terganggu, sakit dalam mulut, tercunggap-cunggap, gangguan mental dan kurang stamina.Namun terdapat tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat sekiranya ia berlaku iaitu kurang selera makan, sakit kepala dan sembelit


MAKLUMAT TENTANG SEL DARAH MERAH
1. Jangka hayat 120 hari
2. Sentiasa di ganti
3. ½ cawan darah – 5 juta sel 100% hemoglobin
< 80% hemoglobin, < 4 juta sel ANEMIA


SEBAB UTAMA

1. Kekurangan B6
• Kebiasaan berlaku pada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
• Kurang B6 — kurang sel darah merah & kurang hemoglobin
• Tidak di sedari sehingga 10 tahun


2. Kurang Magnesium
• B6 & Mangnesium macam “salt + pepper”

3. Kurang Vitamin E
• Mengganggu penyerapan Iron

• Hasil penyelidikan menunjukkan sel darah merah yang terdedah kepada cahaya & oksigen selama 13 jam, jika dengan Vitamin E – hanya 4% kerosakan. Manakala tanpa Vitamin E — 100% kerosakan akan berlaku terhadap sel.Penggunaan minyak yang banyak terutama dalam masakan harian memerlukan lebih Vitamin E.


4. Kukurangan Asid Folik
• Kekurangan B12

5. Kekurangan Iron
• Hemoglobin, enzim, rendah
• Akibat kelesuan yang kronik, sakit kepala

6. Kekurangan asid dalam perut
• Kekurangan B1, B2 , B5 , Vialin
• Cholin – perut tidak dapat keluarkan asid untuk penyerapan



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk mengetahui bagaimana untuk mengatasi keadaan ini dan konsultasi diberi secara percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *