Kesihatan bermula dari rumah

Apa punca GAGAL hamil?

Posted by on May 25, 2017 in Jurnal Kehamilan, Jurnal Penyusuan | 0 comments

Bertahun-tahun berkahwin, tapi masih belum nampak bayang anak kecil di rumah. Belum ada tanda yang diri itu akan bergelar ayah atau ibu. Mulalah keluarga kedua belah pihak menekan. Tertanya mana silapnya? Menuding siapa yang tidak subur.

.

menanti cahayamata

.

Kepada yang sedang melalui situasi seperti ini, perkataan yang mampu saya sebut ialah SABAR. Dalam kesabaran menanti kehadiran penyeri rumahtangga, korang kena tahu yang ada beberapa faktor yang menyumbang kepada situasi ini. Hanya sekitar 25% sahaja pasangan yang berjaya hamil pada bulan pertama. Manakala 75% lagi perlu berusaha beberapa kali.

Antara faktor penyebab ialah :

  • Usia wanita tersebut

Sekarang, ramai yang memilih untuk stabilkan kerjaya dahulu dan kemudian baru membina keluarga. Jadinya, umur pun dah banyak. Korang tahu tak, apabila umur mencecah angka 30, tahap kesuburan wanita semakin berkurang. Ini bermaksud, peratus kejayaan untuk hamil pada bulan pertama perkahwinan semakin rendah.

.

  • Usia dan tahap kesihatan pasangan

Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila umur meningkat. Tapi ia tidak secepat wanita. Biasanya, tahap kesuburan lelaki menurun apabila mencecah umur 40 tahun.

.

  • Gaya hidup

Gaya hidup masa kini juga memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Antara faktor yang terlibat ialah cara pemakanan, bersenam, tahap stres yang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk berjaya hamil, korang kena pastikan tubuh badan benar-benar sihat. Sekiranya korang merokok, amal diet yang tak seimbang, atau suka minum minuman keras, adalah dinasihatkan untuk berhenti. Ya, pasti ada yang cakap, “Aku merokok, tapi boleh je mengandung.” Bersyukurlah sekiranya anda ialah kategori itu.

.

  • Stres yang melampau

Selalu tak dengar orang cakap, “Kalau ingin hamil, kita kena bertenang.” Ya, memang betul. Tahap stres yang melampau  boleh menutup peluang ini. Kalau banyak sangat kerja sampai rasa stres, bawalah diri dan pasangan anda untuk bercuti. Jauh dari keadaan yang boleh meningkatkan stres anda. Semakin tinggi stres, semakin tipis harapan untuk hamil.

.

  • Pakaian

Jarang kita dengar, cara berpakaian boleh mengganggu tahap kesuburan lelaki dan wanita. Tetapi sebenarnya ia boleh berlaku. Bagi lelaki, seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar.

 

  • Masalah hormon

Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil, tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesteron yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon atau masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

  • Bilangan sperma yang rendah

Ada sesetengah lelaki yang mempunyai masalah untuk menghasilkan sperma. Itu yang menyebabkan isteri mereka sukar hamil. Ada juga yang mempunyai sperma yang tidak stabil.

.

sperma

.

  • Pengambilan kafein

Buat peminat kopi yang minum lebih dari 2 cawan setiap hari, sekiranya anda bercadang untuk hamil, anda sebenarnya telah mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat di uterus.

Saya selalu mencadangkan kepada rakan-rakan yang baru berkahwin, untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan apabila telah berkahwin lebih dari 6 bulan, tetapi masih belum hamil. Sebenarnya, adalah lebih baik sekiranya kita, wanita melakukan pemeriksaan sebelum berkahwin lagi. Supaya kita dapat atasi lebih awal sekiranya kita ada masalah.

Sekiranya anda bercadang untuk berikhtiar dengan produk Shaklee, berikut ialah senarai produk yang dicadangkan :

Untuk wanita

# Vivix

# GLA Complex

# B complex

# OmegaGuard

# ESP

# VitaLea

Untuk lelaki

# Vivix

# Vita E

# Vita C SR

# Zinc

# ESP

# Vitalea

# B complex

set kesuburan shaklee

 

*******

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

order sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *