Kesihatan bermula dari rumah

Apabila Psoriasis menyerang Cik B!

Apabila Psoriasis menyerang Cik B! – Ya, apabila berlaku serangan macam ni, apa nak buat? Kalau di badan, boleh juga digaru ke. Disapukan Herbal Blend ke kan. Ni pada Cik B! Udah le nak menyusukan si Azmie! Waaaaaaa..

Ok, serius. Sangatlah sakit. Korang tengok muka bayi tu. Macam gitu le rupa CikYut bila menahan sakit apabila Azmie nak menyusu. Tu belum tunjuk kaki tu. Kejang kejung kaki CikYut. Tak boleh nak menahan. Tapi demi anak, ku gagahkan jua.

Tapi ada beberapa cara yang boleh dibuat kalau tak mau kolagen di muka putus macam tu je! Kang nak kena telan Shaklee Collagen Powder plak kan.. Hihihihi… Ok, meh CikYut kongsi kepada korang.
1. Gunakan nipple shield

Nipple shield ni boleh dibeli di pelbagai rangkaian yang menjual barangan bayi dan ibu menyusu. Sekarang dah boleh dapat perlbagai jenama. Mana satu yang sesuai dengan nipple dan bayi, itu perlu buat eksperimentasi la ye. Mungkin jenama A sesuai dengan si polan 1. Mungkin jenama B sesuai dengan si polan 2. Jadi CikYut tak tahu kesesuaian anda. Perlu cuba sendiri.
Bila dah pakai nipple shield, luka yang disebabkan oleh psoriasis yang berlaku di sekeliling nipple itu dapat dielak dari bersentuhan secara terus dengan mulut bayi. Jadi, kesakitan dapat dikurangkan dan muka tidak lagi berkerut!
2. Memerah susu dan memberi susu melalui botol

Apabila berlaku luka, biasanya sesi memerah tidak akan dapat dilakukan menggunakan pam. kaedah yang paling sesuai pada keadaan ini ialah memerah dengan menggunakan tangan, ‘hand expression’. Dengan cara ini, kesakitan itu dapat dielak atau tidak dirasai dengan melampau.
Sememangnya ini ialah kaedah yang paling kurang sakit. Jari langsung tidak kena pada bahagian luka. 
3. Mencari ibu susuan untuk si kecil
Sekiranya korang ada masalah untuk melakukan kaedah 1dan 2, mungkin korang boleh menimbangkan kaedah ke3 ini. Ini memang langsung tak sakitla kan. Yang penting sekali, si kecil masih lagi mendapat kebaikan susu ibu dari ibu susuannya.
Semoga ketiga-tiga cara di atas dapat membantu sekiranya psoriasis telah menyerang Cik B. Jangan susah hati, teruskan perjuangan anda dalam penyusuan!
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *