Kesihatan bermula dari rumah

Artikel pilihan: Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan AKAN BERJAYA?

Oleh: Irfan Khairi

Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh
Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang
tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada
seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh
terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di
rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan, akan berjaya?
Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai
semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi
motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian
akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong
kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia
datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana
mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang
cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh
berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai
kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu
di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa
diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa
untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita
belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan
Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *