Kesihatan bermula dari rumah

Back To Basic Training Session

Alhamdulillah. Setiap minggu penuh saja dengan aktiviti berkaitan Shaklee. Semalam, Ahad 15 Oktober 2015, upline saya Kak N (Master Norita) telah mengadakan satu sesi untuk semua ahli Euphoria. Perancangan awal saya adalah untuk mengadakan sendiri sesi dikalangan downline, tapi apabila mengetahui Kak N mahu mengadakan sesi, maka saya tunda sesi saya ke waktu lain. upline turun KL jarang-jarang. Jadi ambil kesempatan untuk bertemu dan mengutip ilmu dengan beliau.



Istimewanya semalam ialah, kami berpeluang mendengar sendiri sharing dari VP Sales Director, Mr Calmen membuat sharing beliau. Selepas sesi itu, beliau terus bergegas ke KLIA untuk kejar flight balik ke Pulau Pinang. Nak beraya kan! Terima kasih Mr Calmen kerana sudi meluangkan masa!

Walaupun Mr Calmen dah bercakap hampir 2 jam di atas pentas, tapi macam tak cukup!!! Memang nak dengar lagi dan lagi! RUGI betul sapa yang tak datang semalam! Sesi pagi itu selesai awal. Disebabkan pihak penganjur tidak menyediakan makan, maka bertebaranlah para peserta mencari makan tengahari. Memang dirancang untuk berhenti awal. Agak lenguh juga nak berjalan dari Sunway Pinnacle ke Sunway Pyramid! (Manja sungguhla aku ni weeei)


Untuk sesi sebelah petang, ia dimulakan oleh Abg Naquib mengenai cara-cara untuk mengendalikan BOM & H&W Talk. Tips & trick diberikan oleh Abg Naquib berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan talk seumpanya di Miri dan Muar. Perkara yang paling ditekankan ialah untuk tidak berputus asa sekiranya sesi yang kita jalankan itu masih belum mendapat sambutan.


Sesi seterusnya sangat ISTIMEWA! hahahaha.. Bercakap depan downline sendiri, memang perkara biasa. Tapi bercakap depan super upline, upline, sideline dan downline orang lain, memang perkara tak biasa!! Tapi, bab bercakap depan orang memang dah ‘makanan’ saya. Yang menjadi masalah ialah saya tak habis bercerita. Dalam kepala ada 5 perkara, tapi nanti bila bercakap hanya 2-3 perkara yang keluar. Moral of the story, lenkali tulis je atas kertas kecil, apa ko nak cakap. Jangan perasan hebat boleh ingat semuanya! kahkahkahkah


Selepas sesi 4 speaker jemputan, saya bergegas pulang. Permission semalam hanya sampai jam 4 sahaja kerana En Suami ada urusan. Sepatutnya lagi awal kena balik. Jadi sesi terakhir saya tidak dengar, dan lebih sedih lagi, sesi terakhir itu adalah dari upline saya, Kak N. Tapi takpe. Disebabkan 2 orang downline saya berada di sana, maka mereka akan buat perkongsian di grup wasap.


Alhamdulillah… Selesai sudah!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Upline tersayang. Kerana sudi meluangkan masa dan tenaga menganjurkan sesi ini. Terima kasih kepada Super Upline, Master Hussien dan Master Salwa yang sudi hadir bertemu kami. Terima kasih buat downline yang memilih dan terpilih untuk hadir. Semoga lebih ramai lagi downline yang dapat meluangkan masa untuk hadir.


pst : Koleksi gambar adalah dari FB Kak N!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *