Kesihatan bermula dari rumah

Bagaimana saya uruskan susu semasa induksi?

Salam…

Sabor je lah..Panjang ke main tajuknya!! hehehee…
ok, camne saya handle EBM sepanjang berkursus??
Saya bawa dua bekas.
Satu untuk letak dalam mini bar, satu lagi untuk letak di freezer hotel.
Ye lah. masa berkursus adalah 6 hari. Tetapi susu yang diletakkan di dalam mini bar tu hanya tahan 3-4 hari sahaja (bergantung kepada suhu peti ais mini tu!)
Selepas 2 hari, saya akan bawa turun bekas ke cafe dan minta mereka masukkan ke dalam bekas yang berada di dalam freezer.
Agaknya tah apa perasaan adik2 tu bila mengalihkan susu perahan tu dari bekas A ke bekas B??
Hari ke 6 ialah hari utk pulang ke rumah, jadi tidak le saya hantar susu ke dapur lagi.
Bila nak balik, satu beg cooler Simple yang berjalur tu penuh. Tapi masih lagi dapat sumbat ais ke dalam cooler bag tu.
Berapa jumlah EBM semuanya?? eheee..maaf, saya tak kira. Sebabnya, sy mmg jenis tak suka kira berapa saya dapat lepas perah, atau berapa saya dah kumpul dalam sehari.
Apa yg penting ialah, mengosongkan ‘kilang’!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *