Bahaya penggunaan ‘sanitary pad’

Antara perkara penting yang perlu dibeli setiap bulan ialah sanitary pad (pad pakai buang). Kalau takde la sepeket dalam almari, boleh bikin gaduh! Tapi berapa ramai yang tahu adakah produk ini selamat atau tidak? Jadi, hari ini kita akan bincangkan tentang bahay penggunaan pad pakai buang ni.

Ok, seharusnya kita berterima kasih juga kepada mereka yang telah mencipta sanitary pad ni kan. Tanpa mereka, entah macamana kita nak lalui hari-hari merah tu setiap bulan. Sebenarnya telah banyak kajian dibuat tentang kandungan yang terdapat di dalam sanitary pad dan bahayanya kepada pengguna.

Adakah sanitary pad ini selamat?

Aktivis alam sekitar telah memberi kenyataan bahawa sanitary pad dan tampon merupakan ancaman alam sekitar yang terbesar. Ini disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di dalamnya. Sekiranya ia boleh membahayakan alam sekitar, bagaimana ia boleh menjadi kebaikan kepada kita?

Jom kita lihat apa terkandung di dalam pad itu :

Dioxin

Sekiranya anda menyangka pembalut berwarna putih itu ialah kapas, fikirkan semula. Kapas sebenarnya berwarna krim dan tidak berwarna putih. Pengilang menggunakan peluntur bahan kimia iaitu dioxin untuk menjadikannya berwarna putih. Dioxin merupakan sebatian kimia yang sangat beracun dan sangat berbahaya kepada alam sekitar (dan juga manusia!)

Pesticides

Bukan bukan.. Jangan salah faham. Racun perosak ini tidak disembur secara terus ke atas pad, tetapi ia digunakan oleh penanam kapas untuk memastikan mereka menghasilkan kapas yang berkualiti. Jadi, secara tidak langsung, bahan kimia ini tetap berada pada kapas.

Artificial perfume

Terima kasih kepada pembalut yang wangi, ia membuatkan kita berasa segar. Hakikatnya, minyak wangi ditambah untuk memikat pembeli. Namun seperti bahan lain, ia tidak selamat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.