Kesihatan bermula dari rumah

Benarkah bayi keliru puting?

Posted by on Apr 22, 2012 in Breastfeeding | 0 comments

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Sering saya mendapat emel, SMS atau panggilan telefon dari ibu-ibu untuk meluahkan, bercerita mengenai masalah yang mereka hadapi bersama si kecil. Kebanyakannya mengalami satu masalah yang sama. Ibu-ibu mengatakan si kecil tidak lagi mahu menyusu secara terus kerana si kecil telah mengalami keliru puting. Persoalannya benarkah si kecil itu mengalami keliru puting?

Semasa di SI Lactation Conference 2010, Pakar Laktasi Dr Jack Newman ada menyebut bahawa sebenarnya tiada istilah keliru puting. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu memahami bagaimana pelekapan (latch-on) berlaku, Boleh lihat video di bawah. Lihat pada masa 0:49 sehingga 2:15. (p/s : Saya tidak mempromosikan Ameda.com)




Apabila ibu-ibu memahami bagaimana si kecil melekap, jadi sebenarnya ibu-ibu memahami apa yang sebenarnya berlaku kepada si kecil. Pelekapan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak untuk menggerakkan rahang mulut. Tetapi apabila menggunakan botol susu, ini tidak berlaku lagi. Bayi hanya perlu tunggu susu keluar dari puting botol dan seterusnya masuk ke dalam mulutnya. Penggunaan tenaga adalah minimal.

Lama kelamaan, si kecil senang dengan keadaan ini dan tidak mahu lagi kembali ke payudara ibunya. Si kecil sangat bijak. Dia sendiri sudah tahu bagaimana untuk menggunakan kecomelannya dari kecil lagi. Tenaga yang telah disimpan itu tadi digunakan untuk menangis sekuat-kuatnya apabila dia tidak lagi mendapat susu dari botol susu. Maka si ibu pula panik! Si ibu sebenarnya telah dimainkan oleh si kecil. Anda tidak percaya? Percayalah kerana si kecil itu bukan setakat comel malah bijaksana.

Untuk mengelakkan si kecil terus menangis, si ibu kembali memberi susu melalui botol susu. Ya ia berterusan sehingga si ibu berasa sedih kerana si kecil tidak mahu menyusu secara terus dari payudaranya. 

Nanti saya akan ceritakan bagaimana untuk kembalikan ‘teman baik’ si kecil semula kepada si kecil itu!

Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *