Kesihatan bermula dari rumah

Berjaya dalam penyusuan, apa benchmarknya?

Assalamualaikum wbt


“Berjaya menyusukan si kecil selama 6 bulan!” 
“Dah nak setahun menyusukan si kecil!” 

Seringkali saya terlihat ini dikumpulan khusus untuk ibu menyusu. Kadangkala, saya menjadi tertanya,perlukah untuk mendefinasikan kejayaan itu begini? Setiap perkataan itu boleh mendatangkan maksud yang berbeza terhadap ibu-ibu. Seorang ibu A mungkin mengambilnya sebagai kata-kata positif dan menyahut ia sebagai cabaran. Manakala si ibu B akan melihat ia sebagai satu tanda untuk kegagalan kepada dirinya. Mungkin dia hanya mampu untuk menyusukan si kecil sehingga 4 bulan dan apabila melihat pernyataan ini, si ibu menjadi stress.

Ya, sebenarnya agak sukar untuk mendefinasikannya. Saya sendiri sudah menyusukan Azrie selama 1 tahun 2 bulan. Tetapi sejujurnya, ia tidak semudah itu dan tidak sesenang itu. Pengalaman menyusukan Azzalea bukan ukuran untuk menyatakan saya tidak akan menghadapi sebarang masalah. Saya hanya dapat mengambil pengalaman itu untuk membantu saya.

Walaupun ibu saya menyokong penyusuan ibu, namun beliau tidak begitu rajin dalam bab penyediaan susu perahan. Jadi, boleh bayangkan apa yang berlaku? Semasa Azzalea dulu, rumah ibu saya ada pembantu, jadi segala perkara berkaitan dilakukan oleh pembantu. Sekarang beliau yang perlu menguruskannya. Hahahaha… beliau tidak rajin. Adakah saya perlu bergaduh dengan ibu saya semata-mata untuk menegakkan pendirian saya? Dalam keadaan ini, saya mengubah diri supaya boleh bersikap toleransi. Bukannya saya tidak menyiapkan susu perahan itu, tapi dah sememangnya ibu saya tidak cukup rajin..heeee

Bagaimana saya menetapkan kejayaan untuk diri saya? Selagi ibu saya menyokong (walaupun tak rajin) itu sudah cukup besar untuk saya. Selagi beliau menyatakan kebanggaannya yang anaknya menyusukan cucu-cucu beliau, itu sudah cukup besar. Sebab itu saya kata definasi kejayaan bagi setiap orang berbeza. Saya tetap menumpang gembira apabila ada ibu yang sememangnya berjaya menyusukan si kecil sehingga 2 tahun dan lebih. 

Anda yang tentukan sendiri kejayaan anda dalam penyusuan. Bukan orang lain sekalipun sleeping partner anda. Semoga terus berjaya!


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *