Kesihatan yang baik merupakan impian setiap manusia. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat melakukan tugasan dengan baik, dapat beribadah dengan baik. Namun, ada juga yang telah ditetapkan untuk mengalami keadaan atau penyakit2 tertentu. Cuma kita sebagai hambaNya, jangan pernah berputus asa untuk mencari penawar.
Kebanyakan pembaca blog saya adalah pesakit Psoriasis. Hampir saban hari saya akan mendapat SMS atau WhatsApp yang bertanya mengenai Psoriasis (dah macam doktor plak ni!!)
Ada yang bertanya mengenai perkembangan saya selepas menggunakan Shaklee. Ada juga yang bertanya mengenai cara makan kerana pengedar mereka tiada pengalaman di dalam perkara ini. Mana yang dapat saya kongsi, saya akan kongsi.Sebagai pesakit Psoriasis, sudah tentu saya memahami derita yang dialami oleh para pesakit yang lain.
FAQ berkaitan Shaklee dan Psoriasis
1. Apakah suplemen yang saya ambil?
Pada permulaan, saya memulakan proses dengan mengambil yang basic sahaja, iaitu Bcomplex, Vitamin C, Vitalea dan ESP. Selepas beberapa ketika, saya akan menambah di dalam jadual pemakanan seharian sama ada vit E dan GLA Complex. Yang terbaru sebelum saya mengandung, saya sempat mencuba Vivix!
2. Berapa lama kesan dapat dilihat?
Tempoh ini sangat berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada keterukan yang dialami oleh pesakit Psoriasis itu sendiri dan juga kepada fisiologikal badannya. Mungkin secara luaran, ia tidak nampak teruk, tapi ia perlu tempoh yang panjang untuk membaik pulih keadaan dalaman pesakit. Apa yang selalu saya ungkapkan kepada para pesakit ialah “SABAR“.
Sekiranya seseorang pesakit tidak pernah mengambil suplemen, sudah tentu badannya akan memberikan tindakbalas yang kurang enak. Tindakbalas ini adalah normal. Untuk membaiki sesuatu yang rosak, kita perlu terlebih dahulu membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan. Banyak yang perlu dibuang, lamalah tempohnya.
Ahahahaha… Memang nampak banyak. Itu belum lagi set yang nak kuruslah, set kesihatan tulanglah.
Jangan risau! Sekiranya anda membeli dengan saya, saya akan aturkan jadual pemakanannya untuk anda. Ada yang tidak diambil setiap hari. Ada yang tidak diambil kerap. Bergantung dengan keadaan anda.
5. Dah ambil banyak-banyak ni, boleh ke sembuh?
Perlu diingat bagaimana Psoriasis bertindak. Setakat pembacaan saya, tiada yang dapat menyembuhkan psoriasis. Ubat-ubatan yang diberi doktor bertindak untuk ‘menekan’ psoriasis itu dari merebak. Manakala suplemen bertindak dengan membaiki bahagian-bahagian yang rosak. Namun untuk bahagian-bahagian itu kekal baik amat sukar. Psoriasis berkaitan dengan sistem imuniti badan. Suplemen membantu mengawal dan memperlahankan prosesnya. Diri sendiri juga harus turut sama mengawal tekanan dari keadaan sekeliling. Cuba untuk elak perkara-perkara yang boleh mengganggu sistem imuniti.
6. Bagaimana mahu order?
Pengambilan suplemen Shaklee hanyalah usaha. Yang menentukan kejayaannya hanyalah datang dari Allah S.W.T.
Shaklee ID: 818055
Leave a Reply