Kesihatan bermula dari rumah

Breastfeeding Sharing di Alam Maritim

Lama dah bercuti dari dunia penyusuan. Ya.. Dua tahun rasanya. Dari mengandungkan Azmie sehingga dia dah berumur satu tahun tiga bulan. Kali ni terasa perlu bergerak semula. Walaupun dalam skala kecil, lebih ramai ibu sebenarnya yang mahukan informasi. Sememangnya banyak informasi yang boleh kita dapat dari internet. Tapi belum tentu informasi itu sesuai dan benar.


Saya belum mengikuti kursus penyusuan 40 jam dan juga bukan seorang IBCLC. Maka setiap aktiviti saya tidak mempunyai sebarang bayaran. Melainkan ada yang sudi nak bayarkan duit minyak saya. Hihihihi. Saya hanya seorang ibu yang telah menyusukan tiga orang cahayamata. Seorang rakan yang telah mengikuti kursus 20 jam dan kursus di bawah kelolaan MBFPC. Dan saya hanya seorang yang mencintai dunia penyusuan. Hanya mahu melihat lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka. Itu sahaja.


Maka, atas sebab itu. Saya bertanya kepada ‘cucu’ saya sama ada bolehkah saya mengadakan sesi perkongsian ini bersama rakan-rakan sepejabatnya. Alhamdulillah. Saya terima maklumat positif. Maka, pada hari Jumaat lepas, saya ke Alam Maritim untuk melakukan perkongsian ini.



Nampak macam saya buat kelaskan. Tapi sebenarnya tidak. Itu sebab nak mulakan majlis dan saya banyak menulis input di papan putih, maka saya berdiri aje.



Tajuk perkongsian kali ini ialah mengenai persiapan. Ada 3 orang bakal ibu dan 5 orang ibu dalam sesi ini. Maka kita cungkil persiapan ibu-ibu untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu.



Bersama cucu Shaklee saya, Suhailyn.



Seronok betul rasa apabila dapat bercerita, berkongsi, dan mencungkil pengalaman dari ibu-ibu ini. Mereka yang hadir sangat memberi kerjasama yang menggalakkan. Selesai sesi ini, kami mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan, check BP dan BMI. Masing-masing teruja nak check! 


Terima kasih staf Alam Maritim. Sudi-sudilah untuk terima saya lagi ye!


Anda mahu duduk berkumpul dan berkongsi pengalaman anda bersama rakan-rakan lain? Boleh hubungi saya.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *