Kesihatan bermula dari rumah

Cara menyusukan Si KEMBAR

Posted by on Sep 18, 2017 in Breastfeeding, Jurnal Penyusuan | 1 comment

Alhamdulillah.

.

.

Setiap minggu, ada home visit. Terima kasih buat ibu-ibu yang memberi kepercayaan kepada CikYut untuk bantu mereka dalam menjayakan penyusuan mereka. Jadinya, CikYut nak berkongsi masalah mereka. Nama sebenar dan identiti mereka akan dirahsiakan. CikYut hanya akan bercerita mengenai masalah mereka dan cadangan yang telah CikYut berikan kepada mereka dalam membantu proses penyusuan mereka.

.

Pn A, mempunyai anak kembar. Kedua-duanya perempuan.  

Masalah yang dihadapi oleh Pn A ialah tak cukup susu.

Bayi-bayi berusia 8 hari.

.

.

Ok, kalau lihat kepada masalah ni. Memang SIMPLE sangatlah kan. Kalau tanya di FB, jawapan biasa ialah untuk makan makanan yang boleh membanyakkan susu. Ya, itupun salah satu cara.

.

Setelah melalui sesi soal-jawab. CikYut berikan beberapa cadangan untuk Pn A lakukan.

Seperti biasa, sebelum bercerita panjang, CikYut akan pastikan DUA perkara ini betul iaitu POSITIONING dan LATCHING. Kita akan setelkan dulu bab POSITIONING, baru betulkan LATCHING.

.

Ni contoh POSITIONING untuk menyusukan kembar :

.

Image result for breastfeed twins

 

.

.

Korang pilihlah nak letak bayi macamana. Hihihihi.. Yang penting semasa buat POSITIONING ni, MAK SELESA. Kalau mak tak selesa, alamatnya si kecil dua orang tu pun tak selesa dan akan menangis meragam aje. Jadinya, Puan A sangat sukakan bayi-bayinya berada di tepinya. Gambar kiri atas. FOOTBALL HOLD, itu namanya. Alaaaa, macam gaya main rugby tu la, kepit bola. Tapi ni kepit kiri kanan.

.

Ni sebenarnya asas. Bila kedua-dua perkara ini dapat dilakukan dengan baik dan betul, InsyaAllah proses penyusuan akan berlangsung dengan baik. Cumanya untuk kes kembar ni, Pn A harus ‘bekerja keras’, usaha lebih sedikit berbanding ibu lain. Masa penyusuan kembar biasanya serentak, adakala berlainan waktu. Mungkin ada seorang yang akan menyusu lebih lama, dan seorang lagi akan menyusu dalam tempoh singkat. Disebabkan usia bayi baru berusia 8 hari, jadi saya galakkan Pn A memberi sepenuh perhatian kepada bayi-bayinya dengan mengikut demand penyusuan masing-masing.

.

.

Apabila ibu dapat mengenalpasti demand bayi, barulah dapat dilakukan intervensi (waaah, macam masalah diplomatik plak!). Bila waktu sesuai untuk adakan sesi perahan untuk meransang penghasilan susu ibu dan seterusnya meningkatkan penghasilan susu.

.

.

Ok, macamana? Ada dapat sedikit input? Dah boleh menyusukan si kembar anda?

Kalau rasa ada masalah lagi, boleh hubungi saya ya. Klik terus di link ini Konsultansi Penyusuan

.

Pengedar Sah Shaklee Bangi : Yusrina Hata (Shaklee ID 818055)

0197 – 2712601 (whatsapp /sms)

yusrina.hata@gmail.com (e-mail)

COD : Petronas Seksyen 7

One Comment

Join the conversation and post a comment.

  1. Wina

    Terbaik entry Puan Yusrina
    Ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama☺

    Keep sharing ya puan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *