Kesihatan bermula dari rumah

Cara merawat beguk

Posted by on Oct 12, 2017 in Jurnal Kesihatan | 0 comments

Cara merawat beguk

Sekarang ni tengah wabak beguk. Jadi Cik Yut nak share cara merawat beguk. Walaupun wabak ini mungkin tidak sampai, atau belum sampai di tempat korang, tapi sekurang-kurangnya korang tahu mengenai cara merawat beguk ni.

 

Apa itu Penyakit Beguk?

Penyakit beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus).
Ianya disebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk sama ada dari bersin, batuk dan sebagainya.
Kanak-kanak boleh dijangkiti beguk dari kawan-kawannya.

 

Tanda-tanda Penyakit Beguk

  • demam
  • keletihan melampau
  • bengkak pada kalenjar  liur parotid (dibelakang rawan berhampiran telinga)

 

Apakah cara merawat beguk?

Sebenarnya tiada ubat untuk merawat beguk.
Ini kerana ubat tidak dapat membunuh virus itu (RNA Paramyxovirus).
Ubat yang diberikan hanya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada kalenjar liur.
Kebiasaannya doktor akan preskrip Paracetamol.

 

Bagaimana nak elak beguk?

Beguk boleh dielak dengan mengambil imnunisasi untukbeguk ketika kanak-kanak berusia kira-kira sembilan bulan.
Terdapat di klink kesihatan awam dan juga di klinik swasta.

 

Komplikasi dari penyakit beguk

  1. Pada masa mendapat penyakit beguk itu, ia juga boleh menyebabkan pembengkakkan pada buah zakar. Dan ini boleh menyebabkan kemandulan
  2. Beguk juga boleh menyebabkan komplikasi seperti ‘Pancreatis’, iaitu kerosakan pada kalenjar pankreas di dalam perut.

 

Sebenarnya, tiada cara nak merawat beguk. Doktor sendiri tiada rawatan khusus. Rawatan yang diberikan hanya untuk mengurangkan sakit.

Mahu tahu cara lain untuk merawat keadaan ini?

Boleh baca di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *