Cara turunkan bacaan gula dalam darah (diabetes)

Dah seminggu aku pindah duduk dengan bapak sejak mak takde. Yelah… Kalau tak diteman nanti tak tahulah apa yang bapak dok buat. Nampak saja kuat, tapi hatinya masih rapuh. Ada masa, bila bercakap tentang mak, suaranya pasti bergetar.

Bila dah duduk sekali ni, dapatla aku tengokkan pemakanannya, ubatannya, dan supplement dia. 2-3 hari ni, bapak mengadu kakinya berdenyut-denyut dan pedih seperti dihiris. Jadi, aku check bacaan gula dalam darah. Allahuakbar, sampai angka 12!

Apalagi, dengan pantas aku terus susun supplement depan bapak. Hihihi.. nasib la ya pak, ada anak yg supplement geek ni.. >__< itu bacaan dengan meal. Perlu ada bacaan yang tanpa meal (berpuasa) juga.

Jadi, jam 10malam, last meal bapak supaya boleh ambil bacaan esok pagi jam 6 pagi. Lepas dia solat Subuh, ambil bacaan. 🤔 🤔 Masih juga tinggi, 10. So supplement masuk barisan!

Ok, walaupun ada ambil supplement, tapi sebenarnya aku kena pantau dan susun jadual pemakanan bapak. Memang remeh. Tapi itu yang terbaik. Ni aku senaraikan, apa yang perlu dibuat.

1. Semak apa makanan yang boleh dimakan, apa yang perlu dikurangkan dan apa yang perlu dielak.

2. Lebihkan makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) rendah. GI rendah bermaksud makanan itu lambat meningkatkan gula dalam darah.

3. Membuat aktiviti yang lebih aktif supaya dapat membakar glukos dalam badan.

4. Adakan meal plan supaya pesakit tidak jemu dengan diet sehariannya.

5. Banyakkan minum air masak. Untuk warga emas, mereka ni memang payah nak minum air masak sebab tidak mahu kerap ke tandas. Tapi sebenarnya ini tidak bagus. Kurang air dalam badan, boleh menyebabkan badan menjadi kering (dehidrasi). Dan boleh menyebabkan bacaan gula dalam darah menjadi tinggi. (Ada penjelasan yang panjang lebar 😅😅😅)

Jadi, ia sebenarnya bukan kerja mudah. Lagi-lagi melibatkan bab pemakanan. Orang tua kan, mereka dah biasa makan sedap. Maka nak minta mereka makan yang lain dari kebiasaan tu, memang payah. Tapi takpe, kita usahakan saja. Mohon Allah permudahkan semua urusan bapak dan bapak sentiasa sihat.

Teman bapak pergi appoinment

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.