Category: BF class

Breastfeeding Sharing di Alam Maritim

No Comments
Lama dah bercuti dari dunia penyusuan. Ya.. Dua tahun rasanya. Dari mengandungkan Azmie sehingga dia dah berumur satu tahun tiga bulan. Kali ni terasa perlu bergerak semula. Walaupun dalam skala kecil, lebih ramai ibu sebenarnya yang mahukan informasi. Sememangnya banyak informasi yang boleh kita dapat dari internet. Tapi belum tentu informasi itu sesuai dan benar.


Saya belum mengikuti kursus penyusuan 40 jam dan juga bukan seorang IBCLC. Maka setiap aktiviti saya tidak mempunyai sebarang bayaran. Melainkan ada yang sudi nak bayarkan duit minyak saya. Hihihihi. Saya hanya seorang ibu yang telah menyusukan tiga orang cahayamata. Seorang rakan yang telah mengikuti kursus 20 jam dan kursus di bawah kelolaan MBFPC. Dan saya hanya seorang yang mencintai dunia penyusuan. Hanya mahu melihat lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka. Itu sahaja.


Maka, atas sebab itu. Saya bertanya kepada ‘cucu’ saya sama ada bolehkah saya mengadakan sesi perkongsian ini bersama rakan-rakan sepejabatnya. Alhamdulillah. Saya terima maklumat positif. Maka, pada hari Jumaat lepas, saya ke Alam Maritim untuk melakukan perkongsian ini.



Nampak macam saya buat kelaskan. Tapi sebenarnya tidak. Itu sebab nak mulakan majlis dan saya banyak menulis input di papan putih, maka saya berdiri aje.



Tajuk perkongsian kali ini ialah mengenai persiapan. Ada 3 orang bakal ibu dan 5 orang ibu dalam sesi ini. Maka kita cungkil persiapan ibu-ibu untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu.



Bersama cucu Shaklee saya, Suhailyn.



Seronok betul rasa apabila dapat bercerita, berkongsi, dan mencungkil pengalaman dari ibu-ibu ini. Mereka yang hadir sangat memberi kerjasama yang menggalakkan. Selesai sesi ini, kami mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan, check BP dan BMI. Masing-masing teruja nak check! 


Terima kasih staf Alam Maritim. Sudi-sudilah untuk terima saya lagi ye!


Anda mahu duduk berkumpul dan berkongsi pengalaman anda bersama rakan-rakan lain? Boleh hubungi saya.



Categories: BF class, Breastfeeding

Sedikit update…

No Comments
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 





@4.44am


Minggu lepas, join breastfeeding refresher course, Sr Zalimah beritahu, bantuan untuk inverted nipple dan short nipple tidak lagi menggunakan praktis syringe tube tu ataupun nipple shield. Bantuan yang diberikan ialah dari segi memberi kefahaman kepada ibu bahawa penyusuan tidak memerlukan bentuk fizikal puting. Pelekapan berlaku pada areola bukan pada puting. Dan meyakinkan ibu bahawa mereka mampu untuk menyusukan walaupun rupa puting itu begitu.

Update kedua : terma di Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak lagi menggunakan latching sebaliknya menggunakan attachment. Jadi bila saya berbual dengan mereka di hospital, saya perlu menggunakan terma yang baru. 


Ok, short and sweet je, sbb masa menaip ni kepala dah weng. Sambung tidur balik la….





Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Categories: BF class, Breastfeeding

SGM1 – Pengasuh : Peranan dalam menjayakan penyusuan ibu

No Comments

Buat pertama kalinya, SGM diadakan buat pengusaha dan pengasuh taska.. SGM pertama ini dibuat di Taska Ubudiyah, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 19 orang peserta telah menghadirinya dan mereka terdiri daripada 4 orang pengusaha dan 15 orang pengasuh taska. Moderator yang mengendalikan SGM@Taska ini ialah Pn Norashida Abdul Rahman dan Pn Yusrina Mohamat Hata.
Apa yang menarik dalam SGM@Taska ialah ia tidak seperti SGM lain yang pernah dianjur atau dibuat sebelum ini. Walaupun namanya SGM tetapi ia lebih kepada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), namun lebih santai. Sesi bermula pada jam 10 pagi. Dimulakan dengan sesi memperkenalkan MBfPC dan Moderator kepada para peserta. Sesi taaruf dilanjutkan kepada para peserta.
Selepas sesi taaruf, setiap peserta diberikan sekeping kertas dan mereka dikehendaki untuk menulis objektif mereka hadir ke sesi pagi itu. Kemudian, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 1 peranan/watak yang sinonim dengan taska iaitu bayi, ibubapa dan pengasuh. Mereka dikehendaki mendalami watak yang diberi dan memberikan pandangan dan harapan mereka (mengikut watak) mengenai penyusuan ibu di taska.
Kaedah ini dibuat begini supaya peserta lebih memahami peranan setiap watak dan seterusnya mereka dapat memahami betapa besar dan tanggungjawab mereka dalam membantu menjayakan penyusuan ibu bagi ibu-ibu yang menghantar si kecil ke taska masing-masing. Selesai berbincang, setiap wakil dari kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Moderator mengulas pada setiap sesi selepas wakil selesai membentang.
Sesi ini dilanjutkan kepada sesi berbincang dan akhirnya ke sesi ‘jamu perut’! Pemilik Taska Ubudiyah telah menyediakan nasi lemak buat santapan tengahari. Tidak lupa juga sesi bergambar beramai-ramai. Komen dan Pn Intan dari Taska Idora, beliau sangat teruja untuk berkumpul lagi terutamanya bersama dengan penguasaha taska lain. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan, berkongsi cerita dengan pengusaha taska yang lain dapat membantu beliau untuk menguruskan taska beliau dengan lebih baik lagi.
InsyaAllah, sekiranya tiada halangan, diharap sesi ini dapat dipanjangkan ke tempat yang lain pula!
Categories: BF class, Breastfeeding, Umum