Category Archives: Jurnal Kesihatan

Sajat bertelekung di Mekah

Riuh di media sosial dan di mana saja tentang isu Sajat bertelekung di Mekah. Dah macam jadi isu negara. Kenapa agaknya ini menjadi berita tergempar?

Cantik walaupun nampak mata saja

Ini kerana maklumat yang netizen tahu ialah Sajat seorang lelaki yang mengubahkan diri menjadi seorang wanita. Dan disebabkan itulah, orang ramai berasa marah kerana Sajat mempermainkan agama. Sekiranya Sajat dari awal lagi telah benar-benar membuktikan dirinya seorang wanita (terbukti dari segi saintifik ya! bukan melalui alat kemaluan), maka pastinya orang ramai tidak akan marah sebegini rupa.

Saya melihat isu ini dari pandangan berbeza. Sajat itu sudah tentu dirinya sentiasa dalam ujian Allah. Sekiranya dia benar seorang lelaki, maka ujian kepada dirinya ialah mengembalikan dirinya kepada fitrah. Dari sudut lain pula, ia juga adalah ujian buat kita semua. Bagaimana kita mendepani isu ini? Bagaimana kita menjaga jari jemari kita dari menulis perkara yang bukan-bukan? Bagaimana kita menjaga mulut kita dari memperkatakan perkara yang bukan-bukan? Terlupakah kita, SENJATA ORANG-ORANG MUKMIN ialah DOA.

Sepatutnya kita ramai-ramai BERDOA supaya Allah sentiasa memberikan rahmatnya kepada Sajat dan keluarganya.

Bukan sekadar pelawak

Innalillahiwainnailaihirajiuun.

Yang kita lihat selalu di kaca TV itu, beliau seorang yang akan membuatkan kita ketawa. Orang yang akan menghilangkan semua rasa duka di hati. Namun hakikatnya, kehidupan beliau itu sangat HEBAT!

MasyaAllah… Pengakhiran yang sangat dicemburui. Begitu ramai orang yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Influenza A menyerang!

Tahun lepas aku dan Azmie dah kena. Memang risau juga if kena lagi baru-baru ni. Keadaan aku agak teruk juga. SPO2 menurun, sesak nafas. Seminggu aku MC. Dah le baru mula bekerja.. Si Azmie pun agak lama juga demamnya. Alhamdulillah, kami tidak le sampai dikuarantin di hospital. Hanya dikuarantin di rumah saja.

Masa kena ni, aku fokus consume 2 benda iaitu NUTRIFERON dan PERFORMANCE ORANGE. Nutriferon untuk bantu boostkan semula sistem pertahanan badan. Manakala Performance Orange untuk bantu kekalkan hidrasi badan.

Gambar dari blog anakkuwiraku.com

Apabila sistem pertahanan badan dapat dikukuhkan dan badan dalam keadaan yang baik, maka tubuh akan lebih cepat sembuh! Jangan panik tak tentu hala. Pastikan kita ambil langkah penjagaan kesihatan dengan baik, seperti :

  1. Sentiasa mencuci tangan. Gunakan hand sanitizer
  2. Memakai topeng muka
  3. Mengelak ke tempat yang terlalu ramai orang

InsyaAllah, dengan usaha yang kita buat ini, kita dapat mengelak dari dijangkiti penyakit ini (ataupun penyakit lain…)