Category: Jurnal Kesihatan

Supplement bukan untuk penyusuan semata2…

No Comments

Salam…

Post hari kita kena beri kredit pada penulisnya, Kak N
Tajuk asalnya ialah :

Vitamin memang membantu saya dalam penyusuan Addin dan Nasa.

Setiap orang mempunyai pandangan masing – masing terhadap sesuatu perkara bersandarkan kepada keperluan dan kemampuan setiap individu. Ada orang menyatakan tidak perlu ke atas sesuatu perkara atau perlunya seuatu itu pastinya bersebab dan tiada yang betul atau salah kerana kemampuan dan keperluan setiap individu itu tidak sama.

Selama menjayakan penyusuan Addin, abah sanggup keluar lebih duit untuk beli vitamin beri ibu makan. Abah akan makan juga vitamin cuma tidak sekerap ibu atas alasan abah beli untuk beri ibu sihat dan dapat susukan Addin dengan lebih baik. Kami tak punyai perabot cantik macam orang lain, rumah kami semuanya sederhana sebab duit diutamakan kepada vitamin. Memang boleh amik vitamin free di klinik panel tapi abah kata berikan ia pada orang yang lebih memerlukan. Abah prefer Shaklee sebab dah tengok pengalaman ayahnya yang makan Shaklee banyak membantu goutnya berkurang, makciknya yang makan Shaklee sepanjang mengandung dan menyusukan anaknya juga mendapat hasil yang sangat baik. So abah prefer ibu makan Shaklee….nak kata mahal….jika tengok harga yang kena bayar sekaligus mungkin akan terdetik mahal tapi bila fikir ia untuk makan 4-5 bulan, kita akan kata ia murah dan berbaloi. Namun sekarang ibu sediakan trial pack untuk ibu2 diluar mampu mencuba.

Anak kedua, bila dah lama kerja, peningkatan gaji banyak membantu….terutama selepas ibu bekerja kami : abah dan ibu memang konsisten makan vitamin. Terutama bila dah dengar ramai juga kawan seangkatan dengan umur abah Addin Nasa yang masuk hospital sebab jantung.

Namun selama hampir 11 tahun makan vitamin Shaklee, vitamin inilah yang ibu jadikan penawar bila ibu , anak2 mahupun abah bila kami tak sihat.

Bila selsema, demam dan batuk, makan lebih vitamin C. Tak bahaya ke? Tak bahaya sebab vitamin C adalah vitamin larut air.

Bila selsema dengan running nose : makan omega sebab membantu mengurangkan serangan sejuk di dalam dada.

Bila penat, stress dan moody : makan B complex selepas makan beberapa biji.

Sepanjang menyusu anak : tiada kerunsingan hanya belek buku dan cari vitamin yang sesuai….
Bila puting susu luka, amalkan makan vitamin C supaya luka cepat baik.
Bila anak tak sihat, vitamin C juga penawar terbaik sebab ianya disalurkan ke dalam susuibu.
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi sangat membantu pembesaran anak dengan sangat baik.

Kalau orang kata…”Oh ibu, tidakkah ibu terlalu bergantung dengan vitamin?”

Jawapan ibu …”Saya menjadikan makanan saya (termasuklah vitamin) sebagai ubat dan saya tidak mahu menjadikan ubat sebagai makanan saya“.

Setiap orang meletakkan  keperluan sesuatu itu mengikut kemampuan dan kepentingan. Begitu juga dengan ibu, vitamin adalah keutamaan ibu. Masakan tidak, jika dulu tak boleh makan seafood, sekarang no problem. Jika dulu kena gigit nyamuk pasti jadi kudis yang melarat tapi kini alhamdulillah. Dulu muka mudah tumbuh jerawat kalau salah makan, kini alhamdulillah syukur…..

Allah pun kata kita kena berusaha untuk yang terbaik. Secara peribadi , ibu mahu sihat supaya dapat beribadat dengan lebih baik dan hati yang tenang. Bila sakit semuanya jadi tak keruan bertambah-tambah dengan fikiran yang runsing dan hati yang penuh pelbagai perasaan yang melanda.

Kalau kita mampu beli tudung yang mahal, pam susu yang bagus, sling baby yang berjenama….tidak salah kita dapatkan makanan yang terbaik untuk badan kita. Kita pastinya mahukan yang terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik. 

Akhir kata , dalam berbelanja, jangan lupa bersedekah….selain zakat, sedekah juga sebagai salah satu makanan rohani agar roh juga sihat sama seperti tubuh badan fizikal kita juga. Sedekah juga dapat mengelakkan kita dari penyakit, bahaya bencana dan segala yang tidak baik.

 —-

Mahu mencuba vitamin Shaklee?

No Comments

Salam…
1. Adakah Shaklee ini Halal? Jawapan : Halal. 2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin? Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah…
Ini adalah antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh customer SHAKLEE, terutama yang baru mengenali SHAKLEE.

Terima kasih buat Kak N yang menyediakan jawapan untuk soalan2 berkenaan.

1. Adakah Shaklee ini Halal?

Jawapan : Halal.

2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin?

Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?

Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?

Jawapan: Ianya sentiasa ada , disediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.

5. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?

Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.

Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya alami?

Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch Shaklee?

Jawapan: Boleh, hanya mesej / sms saya di talian 019-2712601 untuk dapatkan harga ahli dan ID Shaklee saya.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.

Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan mengganggu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di arankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?

Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?

Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea@Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protien kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?

Jawapan: Pengambilan B Complex dan Multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B Complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B Complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Semoga penerangan ini dapat membantu kalian!!

Categories: Jurnal Kesihatan