Category Archives: Jurnal Kesihatan

Kurus?? Apa rahsianya?

Rahsia kurus | Bf & Lecithin


Salam


Hari tu, saya sempat membuat penghantaran set Super Saver Buddy Pack kepada teman saya, Su. Sebenarnya yg beli ialah teman Su. Tapi disebabkan temannya solat, jadi Su yg turun ke bawah untuk ambil set tu. Kami ni selalu berhubung melalui telefon atau pun SMS. Sekali-sekala sahaja bertemu. Bila kali terakhir kami bertemu? mmm saya sudah lupa!! Maaf ye Su!!


Bila Su nampak saya, dia terus jerit. 


“Yut, kenapa kau dah kurus!!”
“Kau tensen ke??”
“Byk masalah??”


Amboi minah ni, ambil perhatian sungguh. Banyak sungguh soalan dia.. Heheee.. Saya pula tak terjawab soalan2 cepumas Su tu tadi. Kalau ikutkan mmg nak cerita panjang, tapi saya menumpang berhenti di kawasan orang. Jadi perlu cepat sebelum dihalau pergi. Saya hanya jawab, saya ok, tiada masalah, semua baik2 aje!


Heheee.. Tapi dalam hati dah kembang setaman dah. Orang kata kita kurus, mestilah suka kan. Esoknya. pagi2 seperti biasa di pejabat, saya akan buka email dulu. waaaah.. Syoknya! 




haaa.. Tgk-tgk! Tak syok ke dapat email camtu.. heeee… Semalam punya kembang pun belum suruh, hari ni Si SU hantar email kasi puji lagi.. Sabar je lah.. Macam sebelum kahwin! Su dah kenal saya dari masa belajar di universiti dulu. Kami main hoki sesama. jadi harus le Su tahu bentuk badan saya dulu camana kan..

Su, kalau kau baca blog aku ni, ni rahsianya. Tapi kau boleh mula pakai lepas kau bersalin nanti ye! Jadi kena sabar le sikit!..

1. Menyusu badan – Disebabkan Su berjumpa dgn saya slps saya bersalin, jadi haruslah kerana menyusu badan menjadi faktor bgmn saya boleh kurus. 9 bulan lemak disimpan semasa mengandung, jadi kita kena bakar balik dengan menyusukan bayi kita.

2. Rutin harian – Bersenam?? ish… Rutin harian adalah naik turun tangga setiap hari, setiap pagi sebelum pergi kerja. Kami anak-beranak tidur di tingkat atas. Bila pergi kerja, 3 beradik ni lena lagi. Jadi mak paknya kena turun naik beberapa kali utk bawa mereka turun. Mmg berpeluh. Baru sudah mandi, belum smp tempat kerja, badan dah berpeluh2 dah..

3. Menjaga pemakanan – Saya kuat makan sebenarnya. Tapi saya lebih selesa utk makan sekadar mengisi perut shj. Bukan ikut nafsu (w/pun selalunya mmg berselera tgk lauk pauk tu) Selalunya petua ni saya buat utk sarapan pagi, dan tengahari. Kalau makan malam, mmg gagal. Lagilah kalau masak sendiri. Mesti habsi segala nasi dan lauk yg ada!

4. Makan Lecithin – Ni antara salah satu senjata saya utk kurus. Saya akan ambil 3 biji sehari sebelum tidur. Maksimum pengambilan ialah 6 biji sehari. Tapi saya rasa sudah memadai utk saya ambil 3 biji sehari.

Sebenarnya, bukan Su shj yg tegur. Ada juga beberapa rakan di pejabat yg tegur. Tapi selalunya, kalau ada yg tegur, saya akan jawab ni ialah antara kebaikan menyusukan si kecil anda! Nak buat promosi penyusuan lah katakan.. heheee.. Ini juga bermaksud misi saya telah berjaya!!wahahaha.. lagilah saya suka. Maaf ye kawan2, saya sgt teruja ni.


Rahsia kurus | Bf & Lecithin


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601



Syukur…akhirnya berjaya juga!

Tiada berita yang lebih menggembirakan untuk saya semalam.. Eh bukan, kelmarin. Teman saya yang satu ni beri khabar gembira buat saya! Kalau ibu2 pernah baca post yang lalu, beliau belum lagi bagi kata putus sama ada beliau nak consume atau tidak. Tak lama lepas saya tulis post tu, beliau SMS dan beritahu nak consume set yg saya cadangkan.

 

Kini, setelah beberapa bulan mengharungi waktu2 yg payah untuk menelan vitamin2 tu, Alhamdulillah!! Sekarang beliau dah mengandung. Katanya dah 19 minggu. Syukur sekali lagi! 

 

Memang rasa nak nangis bila dapat tahu berita ni. Ye lah, sebabnya kita tahu betapa anak itu sememangnya dinanti oleh pasanga2 yg berkahwin ni kan. Bila asyik gugur aje, sapa tak susah hati. Saya doakan, proses kehamilan kali ini berjalan lancar buat Su.

Su, tahniah!!

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehamilan temanku Suriani.”

Supplement bukan untuk penyusuan semata2…

Salam…

Post hari kita kena beri kredit pada penulisnya, Kak N
Tajuk asalnya ialah :

Vitamin memang membantu saya dalam penyusuan Addin dan Nasa.

Setiap orang mempunyai pandangan masing – masing terhadap sesuatu perkara bersandarkan kepada keperluan dan kemampuan setiap individu. Ada orang menyatakan tidak perlu ke atas sesuatu perkara atau perlunya seuatu itu pastinya bersebab dan tiada yang betul atau salah kerana kemampuan dan keperluan setiap individu itu tidak sama.

Selama menjayakan penyusuan Addin, abah sanggup keluar lebih duit untuk beli vitamin beri ibu makan. Abah akan makan juga vitamin cuma tidak sekerap ibu atas alasan abah beli untuk beri ibu sihat dan dapat susukan Addin dengan lebih baik. Kami tak punyai perabot cantik macam orang lain, rumah kami semuanya sederhana sebab duit diutamakan kepada vitamin. Memang boleh amik vitamin free di klinik panel tapi abah kata berikan ia pada orang yang lebih memerlukan. Abah prefer Shaklee sebab dah tengok pengalaman ayahnya yang makan Shaklee banyak membantu goutnya berkurang, makciknya yang makan Shaklee sepanjang mengandung dan menyusukan anaknya juga mendapat hasil yang sangat baik. So abah prefer ibu makan Shaklee….nak kata mahal….jika tengok harga yang kena bayar sekaligus mungkin akan terdetik mahal tapi bila fikir ia untuk makan 4-5 bulan, kita akan kata ia murah dan berbaloi. Namun sekarang ibu sediakan trial pack untuk ibu2 diluar mampu mencuba.

Anak kedua, bila dah lama kerja, peningkatan gaji banyak membantu….terutama selepas ibu bekerja kami : abah dan ibu memang konsisten makan vitamin. Terutama bila dah dengar ramai juga kawan seangkatan dengan umur abah Addin Nasa yang masuk hospital sebab jantung.

Namun selama hampir 11 tahun makan vitamin Shaklee, vitamin inilah yang ibu jadikan penawar bila ibu , anak2 mahupun abah bila kami tak sihat.

Bila selsema, demam dan batuk, makan lebih vitamin C. Tak bahaya ke? Tak bahaya sebab vitamin C adalah vitamin larut air.

Bila selsema dengan running nose : makan omega sebab membantu mengurangkan serangan sejuk di dalam dada.

Bila penat, stress dan moody : makan B complex selepas makan beberapa biji.

Sepanjang menyusu anak : tiada kerunsingan hanya belek buku dan cari vitamin yang sesuai….
Bila puting susu luka, amalkan makan vitamin C supaya luka cepat baik.
Bila anak tak sihat, vitamin C juga penawar terbaik sebab ianya disalurkan ke dalam susuibu.
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi sangat membantu pembesaran anak dengan sangat baik.

Kalau orang kata…”Oh ibu, tidakkah ibu terlalu bergantung dengan vitamin?”

Jawapan ibu …”Saya menjadikan makanan saya (termasuklah vitamin) sebagai ubat dan saya tidak mahu menjadikan ubat sebagai makanan saya“.

Setiap orang meletakkan  keperluan sesuatu itu mengikut kemampuan dan kepentingan. Begitu juga dengan ibu, vitamin adalah keutamaan ibu. Masakan tidak, jika dulu tak boleh makan seafood, sekarang no problem. Jika dulu kena gigit nyamuk pasti jadi kudis yang melarat tapi kini alhamdulillah. Dulu muka mudah tumbuh jerawat kalau salah makan, kini alhamdulillah syukur…..

Allah pun kata kita kena berusaha untuk yang terbaik. Secara peribadi , ibu mahu sihat supaya dapat beribadat dengan lebih baik dan hati yang tenang. Bila sakit semuanya jadi tak keruan bertambah-tambah dengan fikiran yang runsing dan hati yang penuh pelbagai perasaan yang melanda.

Kalau kita mampu beli tudung yang mahal, pam susu yang bagus, sling baby yang berjenama….tidak salah kita dapatkan makanan yang terbaik untuk badan kita. Kita pastinya mahukan yang terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik. 

Akhir kata , dalam berbelanja, jangan lupa bersedekah….selain zakat, sedekah juga sebagai salah satu makanan rohani agar roh juga sihat sama seperti tubuh badan fizikal kita juga. Sedekah juga dapat mengelakkan kita dari penyakit, bahaya bencana dan segala yang tidak baik.

 —-