Jadual hidup yang baru!

mata, Me

Alhamdulillah. Rezeki yang tak disangka-sangka. Saya sebenarnya merancang untuk menghantar proposal ke sebuah hospital di Cyberjaya. Rancangannya ialah untuk membangunkan klinik Optometri. Sedang saya menyiapkan proposal, mendapatkan quotation dari pembekal, Allah hantarkan berita gembira.

Bekas Ketua Jabatan tempat saya bekerja dahulu megajak saya untuk bekerja dengan beliau. Gajinya tidak begitu lumayan tetapi saya telah sangat gembira. Alhamdulillah, en suami juga memberi izin untuk saya kembali bekerja. Ya Allah… Happy sangat! Terlalu happy sampai lupa nak tanya pasal jadual kerja etc!

Inilah tempat kerja baru saya!

Saya bekerja sebagai OPTOMETRIS di Annur Eye Specialist Centre. Lokasinya di Tingkat 2, Consultant Suite 22. Ya, masih pekerjaan yang sama yang saya lepaskan 5 tahun yang lalu. Jadi skop kerja masih sama.

Sekiranya kalian ada masalah dengan penglihatan, atau anak-anak, atau ahli keluarga yang lain, boleh ke sini ya. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
Out-Patient, In-Patient & Perkhidmatan Harian
1) Pemeriksaan Mata secara Komprehensif
2) Pembedahan Katarak dan Refraktif
3) Pengurusan Masalah Kelopak mata (Termasuk Pembedahan)
4) Pengurusan Penyakit Mata Diabetik
5) Masalah PerparitanSaluran Lacrimal (Pengurusan Airmata Berlebihan) 6) Pengurusan Mata Kering
7) Pengurusan Penyakit Vitreoretinal
8) Pengurusan Kecederaan Mata
9) Perkhidmatan Optometri (Ralat Refraksi, Ambliopia, Kanta Lekap)

Boleh call terus ke 03-8923 5670.

Layan hobi

Me, Umum

Bismillahirrahmanirrahim

 

Sekali sekala, CY akan layan hobi yang tak seberapa ni. Satu hari boleh bikin satu baju. Tapi kalau baju kurung atau yang seangkatan, lama sikit. CY Ni bawah parasa amatur. Potong kain pun kadang tak semenggah. Jahitan pun masih belum cantik lagi. Lagilah kalau layan hobi sebulan sekali, macamana nak jadi cantiiiiik! Kena banyak Kali buat, baru la cantik kan?

 

Nah, tengok le hasil melayan hobi. Sempat bikin satu. Hihihi

 

IMG-20170428-WA0021

 

Pakai buat basahan aje di rumah. Ok la kan. Skill kena selalu asah. Baru menjadi. Sama gak dalam bisnes, nak jadi expert kena selalu asah skill. Diorg yang hebat-hebat tu jadi hebat sebab selalu asah skill la….

 

Ok, jumpa lagi nanti.