Category: Prosante

Alamaaaak…. Banyaknya rambut gugur!

No Comments
Bismillah.

Alhamdulillah.

Azmie sekarang dah berusia 5 bulan. Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, saya juga akan mula bekerja pada bulan Mei ini. Hasrat untuk menyambung cuti tanpa gaji tidak kesampaian. Maka dengan hati terpaksa, perlu jualah membawa diri ke tempat kerja.

Dalam beberapa minggu ini, saya perhatikan rambut saya gugur dengan begitu banyak. Mujur ini ialah kelahiran anak keempat, maka saya sudah bersedia dengan keadaan ini. Keguguran rambut selepas bersalin merupakan fenomena biasa. Dan hampir kesemua wanita yang baru melahirkan akan mengalami keadaan ini bermula bulan keempat hingga keenam selepas kelahiran.

Mari kita baca punca keguguran rambut yang diterbitkan oleh Karangkraf.
Oleh:Nadia Mohamad

Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami. Berikut adalah punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:


Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.


Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.

Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.


Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.


Pola pemakanan tidak sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.

Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.


Faktor  usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.

Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.  Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.
Untuk mengatasi masalah rambut gugur, MW turut memaparkan beberapa tip penjagaan rambut yang betul dari sudut pemakanan, produk, gaya hidup dan sebagainya. Oleh itu, dapatkan MW keluaran 1538 di pasaran secepat mungkin!


Bagaimana produk Shaklee dapat membantu dalam perkara ini?


Set Rambut Gugur

Ya, gambar di atas adalah produk yang dicadangkan kepada mereka yang sedang mengalami masalah ini.



Kepala anak gatal – berkutu?

No Comments
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Anak-anak yang ke taska atau tadika seringkali mengalami masalah ini. Kalau nampak anak-anak balik dari taska/tadika dan tangannya menggaru kepala dengan sangat kerap, itu bermaksud adalah sesuatu di kepalanya. Kalau tak pun,mereka sendiri yang mengadu. “Ibu, kepala kakak gatallah!” Kemudian, selang seminggu, kepala ibunya pula yang gatal. hahaha…. 


Mari kita berkenalan dengan kutu yang mengganggu anak-anak ini…

Biasanya,kutu berwarna kelabu kehitaman dengan panjangnya 2.5mm. Ia sering ditemui di kulit kepala. Kutu hidup dengan menghisap darah. Dan saya pula akan beritahu anak-anak, sekiranya tidak mahu membenarkan saya menyikat rambut mereka lama kelamaan darah di dalam badan mereka akan habis! heee.. Kutu hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja jika terjatuh dari kulit kepala. Kawasan yang paling banyak ditemui adalah di belakang telinga dan berdekatan belakang tengkuk.

Kutu membiak dengan cepat. Dalam masa sehari, kutu betina boleh bertelur antara enam hingga lapan kali. Biasanya kutu betina bertelur berdekatan pangkal akar rambut – patutlah susah nak buang! Selepas tujuh atau lapan hari, telur kutu menetas dan meninggalkan kelonsong berwarna putih bersinar. Antara sepuluh hingga empat belas hari selepas itu, kutu mencapai tahap kematangan. Malah ia boleh mencapai dua hingga empat mm panjang. Jangka hayat kutu bagaimanapun tidak panjang, biasanya antara 32 hingga 35 hari. 

Kutu gemar berada di kepala anak-anak perempuan, kerana anak-anakperempuan selalunya berambut panjang. Selalunya masalah ini akan hilang apabila anak-anakmeningkat dewasa. Eheeem…tapi ibu-ibu pun kena jaga-jaga juga bila anak-anak kita kena…Adoooi…gatal satu kepala dibuatnya! Oleh itu, untuk mengatasinya, ibu-ibu boleh menggunakan syampu khas. Selain itu boleh juga menggunakan minyak zaitun.


Simptom yang dialami oleh anak-anak :
  • Rasa sangat gatal pada kulit kepala terutamanya di belakang telinga dan leher
  • Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang dapat dilihat di belakang telinga
  • Bintik-bintik putih pada rambut (telur kutu) yang melekat pada rambut
  • Kalau keadaan teruk, nodus limfa di belakang telinga membengkak


Bagaimana hendak menangani masalah kutu ini?
  • Gunakan syampu berubat atau losyen kutu kepala
  • Keringkan rambut anak-anak dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
  • Periksa rambut ahli keluarga yang lain dan rawat sekiranya perlu

Opss… sekejap. Ada empat perkara yang perlu diingat apabila menggunakan ubat kutu
  • Jangan menggunakan jumlah yang lebih daripada disarankan
  • Jangan rawat dengan syampu yang sama sekiranya pernah menggunakan ia pada sebelum ini – dulu pernah kena, guna syampu A, sekarang kena lagi, guna syampu yang sama – Cuba untuk guna syampu jenam lain pula
  • Jangan campurkan ubat kutu berlainan jenama
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia gagal dirawat

Kutu dapat tersebar dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian, cadar, atau berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian eksesori rambut seperti sikat, berus,tuala dan sebagainya.


Cara untuk mencegahnya dari sampai ke kepala ibu! (heee)
  • Elakkan dari berkongsi berus, sikat, aksesori rambut dan sebagainya
  • Elakkan daripada berkongsi tuala dengan anak-anak (atau anak A berkongsi dengan anak B)
  • Jangan menghantar anak-anak yang dijangkiti kutu ke taska/tadika shingga mereka telah dirawat sempurna



Dan saya pula menggunakan syampu Prosante untuk membantu mengurangkan pembiakan cik kutu ni di atas kepala anak-anak dan kepala saya! Syiiooook je rasa lepas pakai!






Sebarang pertanyaan mengenai produk dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.
Categories: Prosante, rambut gatal

Kepala kurang gatal, rambut kurang gugur!

1 Comment
Menghidap penyakit psoriasis bukan suatu perkara yang mudah. Selain mengamalkan suplemen untuk kesihatan diri, saya juga perlu sentiasa memastikan diri saya berada di dalam keadaan kurang tekanan. Hahahaha… Macamana tu? Setiap masa, setiap detik hidup kita penuh dengan tekanan. Tekanan kerja, tekanan di rumah, tekanan dari dalam diri. Ish…. Memang payah sebenarnya. Tetapi disebabkan saya sudah lama menghidap penyakit ini dan telah memahami bagaimana ia berlaku, Alhamdulillah, setakat ini saya masih lagi mampu mengawal tekanan, dengan izin dariNya.

Apabila psoriasis berada di kulit kepala, ia seakan-akan kelemumur cuma yang membezakannya ialah kepingannya lebih besar dari kelemumur. Kalau dikopek dari dasar kulit kepala, kita dapat keluarkan satu kepingan yang besar. Kalau digaru-garu sahaja kepala tu (memang selalu menggaru sebab gatal!), ia akan jatuh seperti ‘snowflakes’, berupa kepingan yang lebih halus. 


Dari Pakcik Google!


Lihat gambar di atas. Lebih kuranglah tu dengan yang ada di kepala saya. Rasa-rasa nak gonyoh tak kulit kepala tu dengan sabut? Heeee… Macam tulah perasaan saya setiap hari. Selama-lama menghidap ni, kerja asyik menggaru sahaja. Ya, kadang-kala naik segan sebab saya bertemu dengan pesakit setiap hari dan saya menggaru sepanjang waktu! ooh… Tebal muka mak Nyah! 

Alhamdulillah, setelah mengenali Shaklee dan terutamanya Prosante, ia telah dapat mengurangkan sedikit kegatalan itu. Gatal-tetap gatal sebab penyakit ini tidak lenyap. Tetapi sekurang-kurangnya apabila menggunakan Prosante, kulit kepala terasa lega!

Prosante – Revitalising Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

Selain daripada menyegarkan kulit kepala yang sentiasa gatal ini, rambut yang gugur juga berkurang. Almaklum, bila kulit kepala tak cantik, rambut  memang payah nak melekat lama. Yalah, dah dasarnya tak teguh, bagaimana akarnya nak melekat! Kebiasaannya selepas mandi memang tersangatlah banyak rambut gugur. Syook. 

Ya, rambut memang gugur setiap hari. Purata ialah 50-100 helai rambut sehari. Tetapi kalau dah yang gugur tu boleh tutup lubang salur air keluar tu, apa ke kekdahnya? Heee…. Syukur, sekarang ia berkurangan. Kalau saya tidak stress, lagi kurang juga rambut yang gugur! Jadi, saya mohon tidak distreskan! hahahaha…

Ok, seperti biasa sekiranya ada yang ingin mencuba Prosante – Revitalising Shampoo, boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi percuma.