Kesihatan bermula dari rumah

Cuci hidung untuk kurangkan selsema!

Posted by on Oct 15, 2014 in Selsema | 0 comments

Cuci hidung untuk elak selsema – Post saya adalah ‘back to back’ mengenai selsema! Ya, kerana seisi rumah saya sekarang sedang mengalaminya. 

Selsema sangat jarang berlaku di dalam rumah ini. Tapi dek faktor cuaca yang tidak menentu, badan kami seakan tidak mampu bertoleransi lagi. Jadi saya sebenarnya berkongsi dengan pembaca sekalian, apa yang saya lakukan untuk merawat selsema di dalam rumah ini.
Selain daripada menggunakan minyak bawang putih dan produk Shaklee sebagai perisai, cara yang akan saya ceritakan ini juga boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema. Ianya sangat mudah, bahkan saya rasa ia membantu mengeringkan selsema dengan cepat. Namun perlu diingat juga, selagi penyebab selsema masih ada, maka terdapat sedikit kesukaran untuk mengeringkan selsema itu dengan cepat dan pantas.
Baiklah.
Apakah caranya?
1. Sediakan semangkuk air suam dan masukkan sedikit garam. kacau sehingga garam larut di dalam air.
2. Sediakan nasal spray. Ia boleh dibeli di farmasi atau di kedai menjual barangan bayi.
3. Posisikan si kecil pada keadaan meniarap, seperti nak terbang macam superman tu.
4. Sedut air suam bercampur garam dengan menggunakan ‘nose cleaner’ itu.
5. Picitkan ke dalam satu lubang hidung si kecil. Dan picit pula di sebelah lubang yang lain.
Selepas melakukan prosedur ini, anda akan dapati segala hingus di dalam hidung si kecil akan keluar. Kadangkala, ada yang akan keluar dari mulut mereka. Hanya cucikan mulut dan hidung si kecil dengan air dan cuba untuk buang hingus yang meleleh keluar itu ya. Mereka akan berasa sangat lapang dan lega selepas prosedur ini. 
Boleh faham bagaimana nak lakukannya? Kalau tak nampak caranya, boleh Whatsapp atau call saya ye 0192712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *