Dah lama tak kena tag….

Salam…

Org lain dok bersenang lenang di musim perayaan ni. Saya pula kena selesaikan tag yg diberi oleh mommyicha. Alahaaai, rajin sungguh awak, Cik Hadha oooi… Disebabkan dah lama saya tidak di tag, jadi saya buat le tag ni..
Assignment nye berbunyi begini :
Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you
 
ooooh..jadi Cik Hadha kita ni nak berkenalan dengan sayalah ye?! Selamat berkenalan! Jadi saya mulakan dari saya kecil la ye..
  1. Dilahirkan pada 12 Okt 1982 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur
  2. Membesar dengan jayanya di Kuala Lumpur.
  3. Bersekolah dari sekolah rendah ke menengah di Kuala Lumpur, lari sekejap ke Melaka masa matrix kemudian kembali semula ke KL masa belajar di U (anak jati KL!!)
  4. Bertemu dgn jejaka hati di padang hoki, berkawan selama 4 tahun
  5. Bernikah pada 3 Jun 2005 dan melahirkan cahaya mata pertama pada Mac 2006
  6. Sedang menunggu kelahiran cahayamata ke3 di saat entry ini ditaip! >_<
  7. Bekerja di hospital, tapi bukan doktor
  8. Seorang yang garang masa kecil, tapi lepas satu insiden di sekolah, langsung tak berapa nak garang
  9. Tak suka tgk barang bersepah2, tapi bukan le seorang yg suka mengemas
  10. Suka gigit kuku dari kecil, skrg dah kurang sikit dah
  11. Menulis dgn tangan kanan, kdg2 dgn tgn kiri
  12. Boleh menulis dengan kertas terbalik (bawah ke atas)
  13. Main hoki utk sekolah dan universiti – tak smp peringkat kebangsaan sbb tak pernah simpan niat (kalau ada simpan niat, smp kot!)
  14. Tak boleh main badminton sbb silau. Tak nampak bulu tangkis tu kat mana
  15. Pakai cermin mata sejak dari tingkatan 1
  16. Tak boleh pakai contact lenses – airmata tak cukup
  17. Kenal SHAKLEE sejak dari Februari 2008, dan dah jadi Independent Distributor sejak 2009
  18. Peminat fanatik Triple Gem – ESP, Performance Drink dan Meal Shake
  19. Suka menjahit, tapi dah banyak projek tersadai sejak pregnant ni
  20. Belum ada kereta sendiri!! Dulu kereta kelisa, mak yg belikan – dah jual. Kereta sekarang adalah En Hubby yg bayar. Jadi, bayar pakai duit sendiri? Nan ado…
  21. Tak suka dengan org yang hipokrit, cakap besar, kaki kipas, kaki temberang
  22. Tak suka buat kerja yg takde arah tujuan – tapi itulah yg berlaku stp hari..huhuu.. benci tapi harus bersabar!
  23. Anak manja bapak – smp sekarang!! hahahaaaa
  24. Ada banyak buku utk dibaca, dan banyak juga yang masih belum habis dibaca
  25. Daa abis ke? Nak merepek lagi boleh??

haaaahaa… ok tak Cik Hadha. Nak bagi kat sape eek?? Takleh nak pikir sekarang sbb ada hal penting ni yg perlu diuruskan.. Jumpa lagi!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *