Dari disposable diaper ke cloth diaper

Tetiba terasa nak cerita kembali pasal cloth diaper. Dulu aku ada cerita di blog lama. Tapi disebabkan aku dah tutup blog lama tu, maka dah tentulah tak boleh dah nak cari lagi. Aku mula berblog pada 2008. Dan pada tahun yang sama aku menggunakan cloth diaper.

Kiranya si Azzalea lahir, banyak perkara yang pertama kali aku buat. Walaupun sebenarnya dia anak yang kedua. Pertama kali dapat menyusukan sepenuhnya. Ya, 2008 tu bermulalah perjalanan aku dalam bidang penyusuan sehingga sekarang. Pertama kali menggunakan cloth diaper.

disposable diaper

Kebanyakan orang, sememangnya menggunakan disposable diaper. Ya, masa anak pertama lahir, Azyana. Aku pun sama. Masa tu aku memang kurang input pasal penyusuan, pasal go green ni. Tapi bila Azzalea lahir dan kebetulan akses aku kepada internet tu ada, maka aku banyak explore dan membaca. Ya, masa mengandungkan Azyana, aku memang tiada connection dengan internet.

Kat rumah, aku takde pasang streamyx ke apa ke. Nak guna komputer dan internet apabila balik ke rumah mak. Tapi bila mengandungkan Azzalea, aku bekerja di hospital kerajaan. Dapat akses internet. Kemudian menetap tinggal dengan mak sementara menunggu rumah aku siap. Jadi di situlah semuanya bermula.

Bermula dengan kumpulan penyusuan, masing-masing terjebak ke cloth diaper kemudian ke babywearing pula. Matlamat kami pada masa itu ialah kembali ke fitrah. Kembali kepada keaadan yang lebih lestari kepada alam sekitar.

Cloth diaper

Kenapa ramai yang memilih lampin pakai buang?
1. Lebih murah
2. Senang
3. Jimat masa

Tapi, tahukah kita yang lampin pakai buang ini sangat susah terurai dan menyebabkan pencemaran alam sekitar? Nanti saya akan terangkan dengan lebih mengenai KEBURUKAN menggunakan lampin pakai buang.

Cloth diaper atau lampin kain. Sebenarnya kita tak semestinya perlu membeli seperti yang saya tunjuk dalam gambar tu. Tapi disebabkan kemajuan teknologi, manusia telah mencipta kain yang mempunyai penyerapan yang lebih. Kalau kita guna lampin biasa, memang kerapla berlaku keoboran dan memang tak rajin laaaa nak mengganti dan membasuhnya selalu.

Tapi sebenarnya BANYAK KEBAIKAN yang boleh kita peroleh dari penggunaan cloth diaper ni. Nanti saya buat di post lain. ok.

Misi kita sekarang ialah GO GREEN. Bukan hanya untuk kesihatan diri, tapi kesejahteraan alam sekitar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.