Kesihatan bermula dari rumah

Diet dengan air sejuk

Posted by on Sep 18, 2012 in Air, Jurnal Kesihatan | 0 comments

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 



Diet dengan air sejuk?? Biar betul? Bersusah payah le teman nak kurus, makan tu, makan ini. Lari sana, lari sini. Rupanya boleh berdiet dengan air sejuk shj? Moh kita tengok bagaimana caranya :




1. Mesti tahu khasiat air sejuk
Lebih baik kita mengetahui khasiat air sejuk kerana dengan ini ia memudahkan kita untuk sentiasa fokus dan dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berdiet. Apabilakita minum air sejuk, badan kita sebenarnya membakar kalori kerana harus memanaskan air sejuk itu untuk menyamai suhu semasa badan.

2. Minum air sejuk dengan banyak
Jika ingin mencapai berat badan yang ideal, minumlah air sejuk dengan jumlah yang banyak. Walaupun sudah pasti kamu akan ke bilik air untuk membuang air kecil dengan kerap, tetapi hasilnya sepadan dengan penurunan berat badan kamu.

3. Buat variasi dalam berdiet
Kalau minum air sejuk setiap masa, setiap hari pasti akan membosankan kita. Jadi, buatlah sedikit improvisasi. Apa kata letakkan sedikit perahan limau atau lemon ke dalam minuman. Ops, jangan pula tambah gula ya. Kerana dengan menambah gula, ia akan meningkatkan kalori dalam tubuh sekaligus gagallah usaha unti berdiet kita!! huhuhu

4. Fikir secara positif
Apabila sudah minum banayk air, maka semakin keraplah kita ke bilik air. Pasti ramai yang akan mengalah. Cuba berfikir secara positif. Secara tidak langsung kita telah melakukan 2 kerja dalam satu. Berdiet dan bersenam. apa kata sesambil nak menuju ke bilik air tu, kita buat sedikit pergerakan ringan. 🙂

5. Kawal corak pemakanan
Apabila nak berdiet, sudah tentu dalam perkara akan memikirkan apa yang boleh dimakan? Berapa banyak yang boleh dimakan? Makan dalam kuantiti yang sedikit sebenarnya boleh menyebabkan badan mengalami kekurangan nutrisi dan ia tidak elok untuk kesihatan. Pilihlah makanan sihat seperti buah-buhan dan sayuran yang rendah kalori. Sebagai penambah tenaga, makanlah bijiran yang tidak mengalami gula.

6. Air sejuk dengan lemon
Campiran air sejuk dan lemon sebenarnya dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat! Ini kerana lemon mempunyai khasiat untuk melancarkan ari kencing sehingga lebihan cairan dalam tubuh akan dikeluarkan dalam jumlah yang lebih besar! Haaa, tapi jangan bubuh gula ya!!


Ini memang salah satu diet yang mudah. Apa kata kita pakat cuba ini. Selepas kita buang segala air yang tidak diperlukan dalam tubuh, baru kita fokus untuk mengurangkan pula lemak-lemak yang berlebihan tu! 



Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *