Kesihatan bermula dari rumah

Diet oh Diet

Posted by on Aug 8, 2016 in Jurnal Kesihatan, kurus | 0 comments

Diet oh Diet

Kalau sebut pasal diet, biasanya orang fikir satu je, ‘Nak kurus la tu!’ kan kan.. Kalau tengok badan CikYut ni, memang dah membulat sangat gamaknya.

Biasanya berat sekitar 55-60kg saja. Sekarang memang dah lebih sangat. Sejak menyusukan Azmie, selera makan memang naik. Tapi masalahnya dah jadi tabiat pula ni. Bila Azmie dah kurang menyusu, tak pula reti nak perlahankan sikit cara makan tu kan… Maka dengan itu, naik mendadak le berat badan ni.

Bila berat naik, maka ia sangat mengganggu pergerakan CikYut. Sebab dah rasa berat aje kan. Nak tidur aje. Nak baring aje. Nak bangun pun payah. Jalan lagi lah.. Sikit je jalan, dah mengah.

Oleh itu, nak tak nak, memang kena paksa diri untuk kurangkan sedikit makan dan jaga pemakanan. Disebabkan CikYut ni ada psoriasis, jadi sebaiknya la perlu mengikut diet yang sesuai untuk pesakit psoriasis. Berat menurun, penyakit masih terkawal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *