Kesihatan bermula dari rumah

Dulu High astig… Sekarang keratoconus ke?

Semalam saya ke klinik mata (tempat saya bekerja dahulu) untuk melakukan pemeriksaan mata kepada diri saya. Ok, Optometris (bekas) p jumpa Optometris la kan.. Saya minta rakan saya buatkan ujian tu. Dan dia kata dia sangat kekok nak buat sebab sesama Optometris. Mengada-ngada betul! Hahaha…


Dan pemeriksaan itu bukan hanya periksa ralat refraksi (refractive error) tapi juga saya minta untuk periksa kelengkungan kornea. Status kedua-dua belah mata saya ialah high myopia dan high astigmatism. Atau nama pasarnya, rabun jauh dan rabun silau. Disebabkan high astig, maka saya nak jadikan ia rutin untuk periksa kelengkungan kornea saya.


Maka, selepas selesai pemeriksaan refraksi, rakan saya terus buat pemeriksaan kelengkungan kornea itu dengan menggunakan corneal topography.  Sekarang ni, segalanya menggunakan mesin. Duduk diam dan selesai!





Ok, tu bukan saya ya. Hahahaha.. Mesinnya ada banyak brand. Tapi begitu le cara nak buat pemeriksaan ni.


Ni lah contoh gambar yang terhasil dari pemeriksaan kelengkungan kornea menggunakan corneal topography.


Imej untuk mata kanan saya adalah seperti pada figur no2. Imej pada mata kiri pula… mmmm… ada berbeza sedikit dengan figur no2 itu. Tapi tidak ke figur no3 atau figur no4. Jadi saya pun tidak tahu ia sudah masuk kategori mana. Saya sendiri terlupa untuk ambil gambar dan terus tunjuk kepada senior Optometris saya yang mahir dalam bidang ini.


Jadinya, status mata kiri itu masih menjadi tanda tanya. Yang mana satu kah ia. Sebenarnya ada banyakla nama bagi masalah kornea ini. Tapi yang biasa difokuskan ialah high astig dan keratokonus. Ok, nanti saya akan update kalian ya.


Ohya, sekiranya ada rakan-rakan yang sedang membaca ini juga pemakai cermin mata dengan rabun silau yang tinggi, perlu tahu bahawa high astig adalah salah satu tanda keratokonus. Tapi tidak semestinya high astig itu ialah keratokonus.


Ok.. Sampai jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *