Kesihatan bermula dari rumah

Dunia SHAKLEE temukan kawan lama

Posted by on Sep 29, 2010 in Set B, Testimonial | 0 comments

Salam

Dunia internet telah mempertemukan saudara-saudara yang terpisah. Mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. SHAKLEE secara tidak langsung juga begitu. Menemukan insan-insan yang tidak kita kenali. Minggu lepas Cik Yut dapat panggilan dari seorang teman lama. Memang sangat lama. Teman masa sekolah rendah. Tak silap saya, teman ni pindah masa kami darjah 5. Kini kami ditemukan semula melalui SHAKLEE. Alhamdulillah.
Teman Cik Yut ni, Cik Faezah masih menyusukan bayi beliau. Walaupun tidak secara eksklusif, sekurang-kurangnya Cik Faezah masih lagi memberikan apa yang terbaik dari seorang ibu, iaitu susu ibu. Tahniah dan syabas teman!! Oooh, tapi jangan salah sangka pula ye. Buat teman-teman yang tidak menyusukan bayi dgn susu ibu, Cik Yut tiada masalah dgn itu. Itu adalah kehendak dan keputusan anda. Saya tidak akan sesekali masuk campur dalam hal itu.
Cik Faezah menelefon sbb ingin bertanya mengenai Set B. Dan set itu telah selamat sampai di tangan beliau. Beliau juga telah mula mengambil set B. Alhamdulillah, setakat ini respon yang diberi adalah positif. Selain dari hasil susu yang semakin baik, badan juga rasa segar dan sihat. InsyaAllah, suami beliau akan turut serta menggunakan supplement SHAKLEE untuk mengatasi masalah selsemanya.  Cik Yut cadangkan set G untuk itu. Apa-apa pun Cik Yut tak paksa. Terpulang kepada Cik Faezah suami isteri.
Oh ye, ingat tak pasal teman saya yang selalu keguguran tu? Alhamdulillah, Cik Su dah mulakan pengambilan supplement yang Cik Yut cadangkan kepadanya tempoh hari. Cuma Cik Yut tak pasti sama ada suaminya turut serta atau tidak. Tidak mengapalah. Yang penting, SHAKLEE adalah antara salah satu USAHA yang Cik Su buat selain dari rawatan di bawah pengawasan doktor. Cik Yut masih galakkan Cik Su untuk terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lain supaya beliau tidak terasa terlalu bergantung dengan SHAKLEE. Dan juga selalu berdoa dari Yang Maha Kuasa. Itu yang pasti.
Ok, sampai jumpa lagi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *