Kesihatan bermula dari rumah

Euphoria Health Care Sharing : Understanding Eczema & Psoriasis

Posted by on May 20, 2017 in eczema, Jurnal Psoriasis | 0 comments

Alhamdulillah.

 

Sejak upline Cik Yut, Kak N bagitau yang topik EHCS bulan Mei ialah Psoriasis Dan Ekzema, Cik Yut memang tazzabaaaaar sangat nak attend sesi ni. Dan sibuk gak la promote sana sini pasal sesi ni. Yela. Lately banyak sangat terima kes ekzema. Sampai sendiri lupa nak register. Hahahaha….

Euphoria Health Talk

 

Jadinya hari ni, Cik Yut walk in aje. Bila walk in, kenalah standby RM45. Kalau register early bird, bayar RM30 je. Alhamdulillah, sideline CikYut Master Farah belanja satu tiket. Syukur. Didoakan team Enermax sentiasa dimurahkan rezeki.

Dr Anya Tay

Penceramah hari ini ialah Dr Anya Tay. Dr Anya sebenarnya graduate dalam bidang Perubatan. Tapi bila dah habis belajar, habis HO dia sambung belajar degree kedua dalam bidang nutrisi holistik. Sekarang sedang buat Masters. Dan dia juga sebenarnya salah seorang Master Coordinators muda di Shaklee.

Dr Anya memulakan talk dengan menceritakan pengalaman beliau sendiri sebagai pesakit ekzema kronik. Rupanya beliau mempunyai sejarah penyakit kulit, athma dan sinusitis dalam keluarganya. Dari kecil sehingga dewasa, beliau hanya mempercayai ubat-ubatan. Pada Tahun kedua pengajiannya, penyakit ekzemanya bertambah teruk. Walaupun telah berjumpa dengan doktor pakar kulit, keadaan tidak bertambah baik.

Hanya selepas membuat bacaan sendiri dan memula rawatan sendiri, keadaan ekzema beliau mula menampakkan perubahan. Dr Anya mengubah cara pemakanannya, mengambil supplement, dan juga merawat secara natural healing, barulah ekzemanya dapat dikurangkan. Dan sekarang beliau tidak lagi mempunyai ekzema.

Ok… Mukadimah dari Dr Anya pun dah almost setengah jam. Betapa nak cerita beliau pernah melalui keadaan yang sangat teruk sehinggakan tiada satu pun gambar beliau ketika itu. Kawan-kawan pun langsung tak mahu bergambar dengan beliau.

FB_IMG_1495276387384

Nanti CikYut kongsi intipati sharing kali ni. Tak perasan pun sebenarnya waktu sharing dah habis. Sebab syok sangat dengar Dr Anya punya cerita. Itupun dia kata belum habis detail. Kalau lagi detail perlu dengar satu hari. Fuuuh…

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order-sekarang-juga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *