Kesihatan bermula dari rumah

Gatalnya mataku!

Kebelakangan ini, saya selalu saja menggosok mata. Ada masa memang ditonyoh bola mata tu. Keadaan mata saya tu memang sudah diketahui, memang kering. Orang putih panggil DRY EYES.

Biasanya, kalau kita tengok merah macam tu, kita dah mula risau. Sakit mata dah ke ni? Alamaaaak, susahla kan, Kalau berjangkit macamana kan? Sebenarnya, kalau mata kita terlalu kering pun, akan jadi merah begitu. Biasa yang berjangkit ni, ia ada discaj. Airmata lagi kerap keluar. Hat tu ya jenis berjangkit juga.


Bila dah kering, maksudnya airmata tu kurang la kan. Apabila permukaan kornea kuring, ini juga akan mengganggu penglihatan. Ini kerana, airmata juga merupakan medium yang berfungsi untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam mata dan jatuh tepat ke atas titik penglihatan. Apabila airmata kurang atau tiada, maka cahaya masuk dan bersepah-sepah, tidak fokus pada titik penglihatan dan seterusnya penglihatan menjadi kabur.



Salah satu cara untuk membantu mengatasi keadaan ini ialah dengan menngunakan artificial drops. Contoh seperti di bawah. Boleh di dapati di farmasi.


Penggunaanya bergantung kepada tahap kekeringan airmata itu. Kalau terlalu kering, kena la kerap. Kalau tak terlalu kering, boleh la sekali sekala.


Tapi, bagaimana nak tahu terlalu kering atau tidak? Ok, ada beberapa tanda.
1. Kerap mengerlip
2. Kerap menggosok mata
3. Mata merah

Hihihi… Pernah lihat orang yang selalu mengerlipkan matanya? Kemungkinan orang itu mempunyai masalah mata kering!


Ok, adakah suplemen dapat membantu? Kita akan bincangkan kemudian ya. Sampai jumpa lagi!



Perlukan sebarang bantuan dan maklumat?
Hubungi saya segera. Yusrina 019.271.2601


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *