Harapan & matlamat baru

April 2021 adalah bulan baru untuk Fiscal Shaklee. Maka saya nak memulakan buku baru. Harapan baru, matlamat baru. Kali ini, FOKUS saya adalah untuk orang-orang disekeliling saya. Suami, anak-anak, mak, bapak, ma dan adik beradik. Kalau dulu, saya hanya fokus tentang diri sendiri. Saya berjaya, tetapi semua tu saya buat untuk diri saya.

Saya nak bina rumah untuk mak & bapak. Rumah impian mak. Design yang dia mahu. Design yang akan menggembirakan dia. Kemudian saya nak renovate rumah ma. Selesakan sikit. Bila anak-anaknya balik, semua selesa dalam rumah tu. Saya nak sangat bawa anak-anak ke Korea dengan trip Shaklee. Kenapa saya tak mahu simpan duit sendiri bawa diorang? sebab dengan trip Shaklee, kita tak perlu pikir apa-apa. Tak perlu pening kepala. Bawa diri dan duit belanja aje.

Ini ialah dream board saya. Memang kalau fikir logik, ia sangat mustahil. Impossible. Tapi saya tanam dalam kepala, semuanya I’M POSSIBLE. Allah yang akan berikan semua ni. Apa yang penting ialah saya bekerja dan berusaha ke arah itu.

Dan untuk bisnes Shaklee, harapan saya ialah untuk efektif di rank Senior Coordinator. Bukan untuk saya, tetapi sebagai pembakar semangat buat semua leader dan downline saya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.