Kesihatan bermula dari rumah

Ini sebenarnya ialah pre-event. Saya baru saja mendapat satu alat ni, dan tidak pernah menggunakan ia sebelum ni. Jadi, untuk mahir menggunakannya dengan cepat, perlulah guna kepada orang lain sebanyak yang mungkin. 



Maka, saya buat temujanji dengan jiran-jiran di taman. Mereka jadi ‘bahan ujikaji’ saya. Sambil-sambil saya berlatih guna alat ini, saya borak-borak mengenai hal-hal kesihatan. Alhamdulillah. Hari ini dapat berkunjung ke satu rumah.


Yang kecil tu baru nak masuk 2 bulan.
Tapi kenapa nampak sama besar dengan abang baju biru tu??



Selesai berlatih menggunakan alat itu, saya lakukan ujian saringan kesihatan kepada ibu si comel itu. Sambil-sambil itu borak mengenai penyusuan. Waaaa…. Patut duduk setengah jam aje. Tapi bila dah keluar topik penyusuan, maka ia berlarut menjadi satu jam. Nak buat macamana, hal-hal penyusuan memang dekat di hati.


Borang Ujian Saringan Kesihatan


InsyaAllah, esok akan berkunjung ke rumah yang lain pula! Anda mahu saya melakukan Healthy Life Home Visit ke rumah anda? Hubungi saya ya!




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *