Hidung lebih bersih selepas menggunakan ini

Setiap pagi, bila bangun aje dari tidur, saya pasti akan bersin. Walaupun malam tu tidur tanpa pasang penghawa dingin, masih juga akan bersih. Sudahla memang sedia alergi dengan habuk.. Lagilah bertambah kuat bersin tu… Sejenis yang tak boleh nak bersin cover-cover.

Sebenarnya saya dah lama tak jumpa doktor pakar ENT. Hampir 11 tahun. Jadi dah tak tahu perkembangan kesihatan hidung ni. Sebulan yang lepas, saya bawa Azzalea ke ENT sebab dia ada masalah yang sama seperti ibunya. Yang lebih merisaukan, Azzalea selalu was-was dalam solat. Sebab dia rasa dia tak dengar bunyi bacaan solat dia.

Selepas pemeriksaan, doktor kata tiada perkara yang perlu dibimbangkan. Tapi perlu 3 perkara ini dahulu, iaitu :

  • douching
  • nasal spray (Avamys)
  • anti-histamine (Loratadine)

Sekiranya keadaan dalam hidung Azzalea tidak nampak perubahan, baru doktor akan suggest pembedahan.

Ketiga-tiga perkara tu, memang saya dah buat. Cumanya ada beberapa perbezaan dengan apa yang saya biasa buat.

  1. Douching.

Masa saya tahu pasal douching, dan mula melakukan douching, saya menggunakan netti pot. Nak guna netti pot ni nak kena telengkan sikit kepala. Jadi rasa tak selesa. Air garam dibancuh dalam cawan kemudian masukkan ke dalam netti pot ni. Lepas tu baru curahkan ke hidung.

Netti Pot
Cara guna netti pot

Tapi untuk Azzalea, doktor suggest guna botol dari brand NeilMed. Wallaweeeh… Sangatla suka dengan botol ni. Sampai saya order sendiri garam tu untuk kami kongsi guna. Kenapa nak kongsi CIkYut oooi?! hihihi.. Muncung botol ni, tak masuk pun dalam lubang hidung. Jadi lepas guna, cuci aje. Orang lain pun boleh guna. Lepas 3 bulan, discard dan beli botol baru.

NeilMEd
See…. Tak perlu teleng kepala. Hanya picit botol aje

2. Nasal Spray

Sejak dulu, saya hanya guna Nasonex (atau kadangkala dari brand lain yang doktor GP prescribe kan). Kira saya tahu Nasonex je la. Apa masalah dengan Nasonex ni bagi saya, ia terlalu berair, kadang masuk ke tekak dan saaaangat tak selesa. Sama ada masuk ke tekak, atau meleleh di hidung.

Nasonex

Dengan doktor yang baru saya jumpa ni, beliau suggest guna Avamys. Sangat selesa ok guna Avamys. Tak berair macam Nasonex. (dah kenapa pula saya yang selesa?… Saya beli satu untuk saya juga!)

Avamys

Kalau korang pengguna Nasonex, apa kata cuba Avamys pula. Mana tahu, rasa lebih lega. Avamys ni diguna selepas sesi douching tadi. Agak-agak hidung dah kering sikit, baru spray Avamys.

Untuk anti-histamin tu, saya memang dah biasa guna Loratadine. Biasanya saya memang akan consume kalau dah tak tahan sangat. Ya Vitamin C, Nutriferon, OmegaGuard semua saya consume macam biasa, cuma ada waktu dan ketikanya, saya akan consume anti-histamine drugs ni.

Selepas sesi douching menggunakan NeilMed selama 2 minggu, satu hari saya menghembuskan hidung dengan agak kuat. Bahaya sebenarnya hembus kuat-kuat ni, boleh luka hidung. Walaupun risau, tapi nak juga hembus sekuatnya. Haaaaa… Yang keluar dari hidung hari tu ialah mucus yang agak pejal. Bukan lendir seperti kebiasaan. Selepas keluar satu ketulan tu (agak besar juga!), hidung saya memang rasa sangat selesa dan lega.

Masih juga bersin, tapi tidak lagi sekuat sebelum ni. Alhamdulillah. Ini adalah dengan izin Allah jua. Supplement untuk menguatkan imuniti badan masih diteruskan seperti biasa tanpa kompromi.

Moga dengan perkongsian hari ni, dapat bantu kawan-kawan diluar sana. Saya faham sangat dengan keadaan hidung yang tidak selesa tu. Dan kadang-kadang rasa nak garu je hidung tu. Oh ya, apa yang saya tulis ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Pastikan korang jumpa doktor pakar dulu ok untuk dapatkan kepastian mengenai kesihatan hidung korang tu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.