Kesihatan bermula dari rumah

Ibu hamil : Ketahui diet anda

Posted by on Apr 10, 2013 in EuFour Pack, Hamil, Jurnal Kehamilan, Pemakanan | 0 comments


Hamil | Pemakanannya


Assalamualaikum wbt dan Selamat pagi.

Yup, jam dihujung komputer menunjukkan 5.00am. Pagi-pagi ini terasa mahu berkongsi dengan anda mengenai pemakanan buat ibu-ibu yang sedang hamil. Pemakanan ibu-ibu seharusnya sudah mula dijaga apabila ibu-ibu telah mula memasang niat untuk hamil. Pemakanan yang baik, membantu menyiapkan badan ibu-ibu untuk menghadapi sebarang perubahan yang akan berlaku sepanjang kehamilan.





Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.



Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
1. Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
2. Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

3. Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

4Makanan berkalsium tinggi – susu, yogurt, cheese

5. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.



Jangan berdiet

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. 

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar! 

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.


Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak. 

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda. 

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat. 

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda. 

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilanpraeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan. 

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar. 


Set kehamilan – Euphoria Set





Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *