Salam…
Mau kongsi2 jadual yang saya buat masa menyusukan Azzalea dulu. Ni pun dok buat revision. Almaklum, si kenit nak keluar bulan November ni (insyaAllah). Jadi nak kena bersiapkan diri juga ni. Mari le kongsi bersama-sama ye.
–>
Jadual simpanan perahan susu ibu (EBM)
Tempat
|
Bayi matang @ cukup bulan
|
Bayi pra-matang @ tidak cukup bulan
|
Suhu bilik
|
4-8 jam
|
Tidak disyorkan
|
Peti sejuk 2 pintu (bahagian bawah)
|
48-72 jam
|
24 jam
|
Peti sejuk 1 pintu (bahagian pembeku)
|
Tidak disyorkan
|
Tidak disyorkan
|
Peti sejuk 2 pintu (bahagian pembeku)
|
3 bulan
|
3 bulan
|
Peti sejuk pembeku (-20c)
|
6 bulan
|
6 bulan
|
- Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan
- Letakkan perahan susu ibu (EBM) yg disejukbeku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman agar ia cair
- Rendam bekas berisi EBM di dlm bekas yang mengandungi air suam
- EBM tidak boleh dididih atas dapur atau di dalam ketuhar gelombang mikro utk tujuan mencairkan atau memanaskan kerana ia akan menyebabkan khasiat susu ibu hilang
- Periksa kepanasan EBM dgn menitikkan pd lengan
- Berikan EBM kepada bayi anda dengan menggunakan sudu atau cawan kecil utk menggelakkan berlakunya keliru puting
- Setelah EBM dipanaskan, susu tersebut perlu digunakan dalam masa 1 jam
- Baki EBM yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
Saya masih lagi membaca panduan terbaru (March 2010). Nanti saya akan update balik jadual ni kalau ada perubahan yang ketara.
xblh ke kalu simpan susu perah tu dlm peti sejuk 1 pintu??
Cik nurul, boleh tapi tidak lebih dari 4 hari. Sekirany peti ais kerap dibuka, jangka hayatnya lebih pendek. Masukkan EBM di dalam bekas lain terlebih dahulu. Kemudian baru masukkan ke dalam peti ais
Harap dapat membantu